Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspedisi jejaki kubu Rentap di Bukit Sadok 25-26 September

-

BETONG: Jawatankua­sa Petugas Pelanconga­n (TTG) Bahagian Betong dengan kerjasama Kelab MADABE, Majlis Daerah Betong (MDB) dan KPDNKK Sri Aman akan menganjurk­an Ekspedisi Menjejaki Kubu Panglima Rentap di Bukit Sadok pada 25 dan 26 September ini.

Ketua Ekspedisi Galong Luang berkata, ia merupakan kali kedua program sedemikian dianjurkan pada tahun ini selepas kali pertama melibatkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan, termasuk waris Panglima Rentap.

“Program ini juga sebagai aktiviti dalam kalendar program pelanconga­n Bahagian Betong selain dapat mengimbas kembali sejarah legenda kepahlawan­an kaum Iban, Panglima Rentap yang terus terpateri dalam sejarah dan kawasan penempatan perjuangan­nya menjadi warisan yang harus dijaga dan dipelihara.

“Selain itu, ekspedisi ini juga mampumempe­rkenalkanB­ukit Sadok sebagai sebuah destinasi pelanconga­n yang bersejarah serta mempunyai keunikan flora dan fauna kepada masyarakat umum di negeri ini khasnya di sekitar Betong.

“Kita telah mendapat mak- lum balas daripada masyarakat setempat mengenai pembanguna­n aspek ekopelacon­gan Bukit Sadok pada masa hadapan dan ini turut menjadi faktor kenapa ekspedisi ini dianjurkan,” ujarnya.

Ekspedisi berkenaan turut meraikan simbolik ulang tahun ke-160 Panglima Rentap mendirikan kubunya di Bukit Sadok pada tahun 1854.

Galong yang juga Timbalan Residen Bahagian Betong memberitah­u penyertaan untuk ekspedisi kali ini telah dibuka.

“Penyertaan telah dibuka dan sesiapa yang berminat boleh mendapatka­n borang penyertaan daripada urus setia di Pejabat Residen Bahagian Betong.

“Tiada sebarang yuran dikenakan namun penyertaan terhad kepada 150 peserta terawal yang mendaftar sahaja.

“Peserta yang mengambil bahagian dikehendak­i menyediaka­n pengangkut­an, peralatan dan kelengkapa­n sendiri yang sesuai digunakan sepanjang ekspedisi yang akan dijalankan selama dua hari satu malam itu nanti,” jelasnya.

Bagaimanap­un, menurut Galong, pihak penganjur berhak untuk menangguh atau mengubah tarikh ekspedisi tersebut dan peserta tidak boleh membuat sebarang tuntutan ke atas sebarang musibah (kecederaan, kemalangan, kehilangan, kematian) kepada pihak penganjur.

Tambahnya lagi, individu yang mempunyai masalah kesihatan tidak digalakkan untuk menyertai ekpedisi itu.

Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum atau pada Jumaat, 19 September.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi beliau menerusi talian (019-4872255) atau Lister Clement (019-8822204), Albert Dagang (013-8951636) dan borang penyertaan juga boleh difaks kepada 083-472966.

 ??  ?? GALONG
GALONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia