Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen raih tandatanga­n mansuh Akta Hasutan kumpul lebih 100 tandatanga­n

-

KUCHING: Kempen mendapatka­n tandatanga­n bagi menyokong pemansuhan Akta Hasutan 1948 hasil inisiatif Peguam Muda Kebangsaan dari Jawatankua­sa Majlis Peguam dengan kerjasama Anak Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak semalam mengumpul lebih 100 tandatanga­n.

Penyelaras kempen Simon Siah Sy Jen berkata, meskipun baharu sehari kempen dilancarka­n, pihaknya sudah mengumpul lebih 100 tandatanga­n daripada pengunjung ke Medan Niaga Satok dan Kubah Ria.

“Kita baharu sahaja menjalanka­n kempen sokong pemansuhan Akta Hasutan d h iii( l )h i pertama kita lancarkan di Medan Niaga Satok dan Kubah Ria yang mana mendapat sambutan baik daripada pengunjung dan peniaga di sini,” katanya ketika ditemui semalam.

Si

jl k

d tangan yang berjaya dikumpul itu akan diserahkan kepada pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberitah­u Kuching merupakan lokasi pertama

k l k itu sebelum diperluask­an di kawasan lain di negeri ini.

“Kempen ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa akta berkenaan tidak lagi relevan untuk dipraktikk­an di negara ini dan ia perlu dimansuhka­n dengan segera.

“Malah, dengan mengumpul tandatanga­n ini ia sebagai tanda sokongan padu serta keinginan rakyat agar Akta Hasutan ini dimansuhka­n,” kata Ketua PKR Cawangan Bandar Kuching itu.

Justeru, beliau berharap rakyat di negeri ini menyokong kempen itu bagi mendesak kerajaan untuk memansuhka­n segera Akta H b

 ??  ?? LANCAR: Simon (dua kiri) bersama jentera AMK mengadakan Kempen Sokong Mansuh Akta Hasutan di Medan Niaga Satok, Kubah Ria.
LANCAR: Simon (dua kiri) bersama jentera AMK mengadakan Kempen Sokong Mansuh Akta Hasutan di Medan Niaga Satok, Kubah Ria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia