Utusan Borneo (Sarawak)

Isu keluar Malaysia tidak semudah yang dijangka

-

MIRI: Isu Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia adalah tidak mudah seperti yang dijangka kerana pembentuka­n kerajaan sementara hanya akan menyebabka­n keadaan hura-hara.

Aktivis Sosial Masyarakat Wan Zain Syed Mohzar berkata, sentimen yang dimainkan oleh sesetengah pihak sememangny­a tidak berasas tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

“Saya tidak melihat apa-apa manfaat kepada Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia dan isu ini hanya dimainkan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata, sekiranya perkara itu berlaku sekalipun maka Sabah dan Sarawak tidak berkemampu­an untuk membentuk kerajaan yang baharu dan kukuh seperti Malaysia.

“Saya berasakan isu ini hanya luahan perasaan sesetengah pihak yang kurang berpuas hati dengan pentadbira­n kerajaan melalui wakil rakyat khususnya dari segi pembanguna­n,” tegasnya.

Sehubungan itu, katanya, wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri harus kerap turun padang mendekati rakyat dan memenuhi keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

“Perkara atau isu sebegini berbangkit kemungkina­n disebabkan sesetengah pihak atau individu marah dan kecewa dengan wakil rakyat yang kurang membela nasib

k ”j l

Menurutnya, isu sensitif seperti itu sebenarnya boleh meracuni pemikiran generasi muda yang celik teknologi dan amat wajar kerajaan memburu dalangnya dalam laman sosial.

“Kita bersetuju dengan tindakan kerajaan untuk memburu individu yang sengaja menimbulka­n kekecohan terutamany­a dalam laman-laman sosial.

“Mereka (dalang) ini menjadi pahlawan dalam laman sosial dengan menggunaka­n identiti palsu semata-mata untuk menghasut dan meracuni pemikiran generasi muda ketika ini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo dalam laman sosial mendapati kebanyakan individu yang mengeluark­an isu berbaur hasutan telah menyahakti­fkan akaun mereka.

Ia adalah ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengusulka­n usaha Sabah kl Ml i

 ??  ?? WAN ZAIN
WAN ZAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia