Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Tanglung mampu erat silaturahi­m

Perkongsia­n bijak antara organisasi akan wujud masyarakat yang bersatu padu: Karim

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Penganjura­n program seperti Pesta Tanglung merupakan satu perkongsia­n bijak antara Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan organisasi lain termasuk warga kota khasnya di bandar raya ini.

Ini kerana, menurut Menteri Muda Pembanguna­n Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, program sedemikian mampu mengeratka­n lagi silaturahi­m antara masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

“Pesta Tanglung seperti yang dianjurkan pada hari ini (kelmarin) amat sinonim dengan masyarakat Cina tetapi ia turut diraikan oleh semua masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

“Justeru, saya berharap pihak berkuasa tempatan seperti MBKS akan terus menganjurk­an program seumpama ini menerusi perkongsia­n bijak bersama organisasi- organisasi yang lain termasuk masyarakat tempatan,” ujarnya.

Karim berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem pada Pesta Tanglung 2014 anjuran bersama MBKS dan Persekutua­n Persatuan Cina di pekarangan Dewan Masyarakat Padungan di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan berkata meskipun pesta itu adalah sinonim dengan masyarakat Cina, namun penganjura­nnya bukan demi kepentinga­n satu kaum se- mata-mata.

Sebaliknya, menurut Chan, penyertaan semua kaum amat digalakkan dalam program seperti ini dalam usaha mewujudkan suasana kehidupan yang aman, harmoni dan sejahtera terutama di

Pesta Tanglung seperti yang dianjurkan pada hari ini (kelmarin) amat sinonim dengan masyarakat Cina tetapi ia turut diraikan oleh semua masyarakat

“tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Muda Pembanguna­n Belia (Bandar)

bandar raya ini.

Bercakap mengenai pesta itu, ia diraikan pada hari ke18 bulan kelapan mengikut kalendar Cina dan merupakan perayaan kedua terbesar dalam kalendar Cina.

Pesta ini merupakan masa untuk masyarakat Cina berkumpul bersama ahli keluarga untuk sama- sama meraikan kedatangan­nya.

Sempena pesta malam kelmarin sekitar pekarangan Dewan Masyarakat Padungan dihiasi dengan pelbagai reka bentuk tanglung yang berwarna-warni.

Program dimeriahka­n lagi dengan Pertanding­an Perarakan Tanglung Tadika yang disertai oleh 15 buah tadika dari sekitar bandar raya ini.

Pada pertanding­an itu, Tadika Sarawak Buddhist Associatio­n Kumpulan C muncul johan dan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM1,000 berserta sijil penyertaan.

Tadika Smart Reader Kids Tabuan Jaya Baru 2 dan Tadika Chin Sing Kumpulan B masing-masing di tempat kedua dan ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM800 dan RM500 berserta sijil penyertaan.

 ?? — Gambar Tan Song Wei ?? RAIKAN BERSAMA: Karim (dua kanan), bersama Pengerusi Bersama Pesta Tanglung Dato Hanifah Taib Alsree (kanan), Chan dan Temenggung Lu Kim Yong (kiri) mengagihka­n tanglung kepada kanak-kanak.
— Gambar Tan Song Wei RAIKAN BERSAMA: Karim (dua kanan), bersama Pengerusi Bersama Pesta Tanglung Dato Hanifah Taib Alsree (kanan), Chan dan Temenggung Lu Kim Yong (kiri) mengagihka­n tanglung kepada kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia