Utusan Borneo (Sarawak)

SEB berjaya mengumpul RM300,000 untuk disumbangk­an kepada SCCS

-

KUCHING: Staf Sarawak Energy Berhad (SEB) berjaya mengumpul RM300,000 untuk disumbangk­an kepada Persatuan Kanser KanakKanak Sarawak (SCCS) bagi membantu persatuan itu membeli peralatan perubatan digunakan pesakit kanser di bawah jagaannya.

Kenyataan akhbar dikeluarka­n SEB kelmarin menyatakan bahawa kempen mengumpul derma dalam kalangan staf SEB dilancarka­n Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Torstein Dale Sjotveit Julai lalu.

Sumbangan itu akan digunakan untuk membeli peralatan perubatan yang amat diperlukan SCCS, antaranya mesin khas (monitor) dikenali Philips Interllive M600, katil boleh laras dan Philip Oxygen Concentrat­or.

Penyerahan sumbangan itu telah diadakan dalam majlis ringkas di Menara SEB di sini kelmarin yang menyaksika­n Torstein mewakili staf SEB dan SCCS diwakili Naib Presidenny­a Gary Ho.

Kutipan derma itu diilhamkan Torstein semasa Persidanga­n Kepimpinan SEB dan diperhebat­kan lagi selepas beliau melihat sendiri pengakuan ahli SCCS yang juga rakan sekerjanya Abang Abdul Rani yang mempunyai seorang anak didiagnosi­s sakit kanser pada 2009.

Cerita mengenai perjuangan beliau dan keluarga menentang kanser mendorong staf SEB di seluruh Sarawak menghulurk­an sumbangan.

Difahamkan kira-kira 70 kes kanser melibatkan kanakkanak dikesan setiap tahun di Sarawak dan SCCS telah membantu lebih 700 keluarga sejak didaftarka­n penubuhann­ya pada 2001.

“Ini adalah usaha murni pasukan kami menyumbang untuk kebaikan pihak lain.

“Sebelum ini saya pernah mengatakan, ketika kita merancakka­n pembanguna­n Sarawak menerusi perniagaan utama kita, menjana tenaga, kita tidak boleh terlepas pandang golongan yang amat memerlukan bantuan,” ka- tanya.

Sementara itu, Ho memberitah­u bahawa SCCS amat menghargai usaha staf SEB membantu masyarakat yang memerlukan dan ia tidak hanya dalam bentuk wang ringgit tetapi membantu menyebarka­n kesedaran umum untuk menghulurk­an bantuan.

Menurutnya sumbangan yang diterima adalah jumlah paling besar pernah diberikan kepada SCCS terutama daripada syarikat korporat.

“Tahniah kepada pasukan SEB kerana berjaya mengumpul dana pada jumlah yang sangat besar, membantu kami menyediaka­n bantuan serta sokongan lebih baik kepada keluarga kanak-kanak menderita kanser di negeri ini.

“Pada masa sama kami memohon badan-badan korporat lain di Sarawak mencontohi sikap bermurah hati pengurusan dan staf SEB,” kata Ho.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Ho menerima replika cek daripada Torstein. Turut kelihatan staf serta pengurusan SEB yang lain.
TERIMA KASIH: Ho menerima replika cek daripada Torstein. Turut kelihatan staf serta pengurusan SEB yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia