Utusan Borneo (Sarawak)

PATI diminta ambil program penghantar­an pulang sukarela

-

KUCHING: Pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sarawak diminta mengambil program penghantar­an pulang secara sukarela atau bakal berhadapan tindakan undang-undang.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Datu Robert Lian berkata sesiapa yang mengambil pilihan tersebut cuma perlu membayar kompaun minimum RM300 dan RM100 bagi bayaran pas sehala untuk pulang ke negara asal.

Beliau berkata selain RM400 tersebut, sesiapa yang pulang ke negara asal menerusi program tersebut juga harus menunjukka­n tiket bukti bahawa mereka memang bertujuan mahu pulang ke tanah air sendiri.

Katanya program berkenaan yang bermula 1 Ogos akan berakhir sehingga 31 Disember tahun ini.

“Pendatang haram harus mengambil peluang keemasan ini untuk pulang ke tanah air sendiri secara sah.

“Sesiapa yang tidak mempunyai pasport juga masih mempunyai masa untuk mendapatka­nnya di pejabat konsulat sebelum tempoh akhir,” katanya menerusi kenyataan baru-baru ini.

Lian berkata mereka yang terlibat dalam proses ini adalah pendatang asing yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Untuk mengikuti program ini, pendatang haram perlu secara sukarela menyerah diri ke mana-mana pejabat imigresen di negeri ini.

Selain itu, mereka juga harus memiliki pasport, dokumen lawatan dan mengesahka­n tiket pulang ke tanah air dalam tempoh 14 hari.

Pada masa sama, Jabatan Imigresen Negeri juga akan terus menjalanka­n operasi bagi menghapusk­an PATI di Sarawak.

Setakat ini, jabatan berkenaan telah menjalanka­n sebanyak 193 operasi di seluruh negeri pada tahun ini.

Daripada 4,090 pendatang asing yang diperiksa, kirakira 1,108 daripada mereka telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan Imigresen 1963.

Mereka yang ditahan adalah terdiri daripada 586 orang di sektor pembinaan, 183 orang(sektor perkhidmat­an), 153 orang (sektor pengeluara­n) dan 186 orang (sektor perladanga­n/ pertanian dan sebagainya).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia