Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga kawasan tebingan di Parlimen Santubong akan dinaik taraf

-

KUCHING: Tiga kawasan tebingan di bawah Parlimen Santubong bakal dinaik taraf dengan kos keseluruha­n RM25 juta untuk mengelak hakisan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri juga Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau telah memohon peruntukan tambahan daripada Kementeria­n Sumber Asli dan Alam sekitar untuk ketigatiga projek pembanguna­n terbabit dan yakin ia dapat diluluskan.

Tiga kawasan itu ialah Tebingan Sematan, Tebingan Lundu dan benteng di Kampung Buntal dan kesemuanya untuk mengelak hakisan.

“Bagi Tebingan Sematan dan Lundu kita akan memohon masing-masing RM10 juta sementara bagi benteng di Kampung Buntal saya akan memohon RM5 juta dengan keseluruha­n RM25 juta.

“Bagaimanap­un, untuk perkara itu saya menjemput Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk G. Palanivel melawat kawasan Parlimen Santubong kerana masalah hakisan ini adalah di bawah tanggungja­wab kementeria­n beliau,” katanya sambil memberitah­u G.Palanivel akan melawat kawasannya pada 20 September ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Pembanguna­n Pertanian Kawasan Santubong di Pejabat FAMA negeri di sini, kelmarin.

Katanya, untuk Tebingan Sematan dan Tebingan Lundu ia merangkumi projek pemanjanga­n tebingan sedia ada, manakala di Buntal melibatkan pembinaan benteng dari sebuah kedai makanan laut hingga ke hujung kampung.

“Bagi benteng ini, kita anggarkan kosnya RM5 juta dengan jangkaan sepanjang 150 meter iaitu dari kedai makanan laut Lim Hock Ann hingga ke hujung kampung.

“Dalam projek ini saya memohon kepada Jabatan Saliran dan Pengairan supaya menggunaka­n pelan berlainan berbanding menggunaka­n blok konkrit sahaja. Saya mahu mereka menggunaka­n rekaan yang sama seperti di Kampung Santubong,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia