Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat perlu fahami dasar k’jaan

Pelbagai program dilaksana pertingkat kemakmuran negara: Alexander

- Oleh Kenka KN

KAPIT: Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata rakyat perlu memahami polisi dan dasar kerajaan dalam meningkatk­an taraf sosioekono­mi, keharmonia­n dan kemakmuran negara.

Beliau berkata, kerajaan merencanak­an pelbagai polisi dan dasar demi meningkatk­an tahap pembanguna­n dan kemajuan rakyat.

“Ini termasuk rancangan pembanguna­n masyarakat luar bandar dan perkara sedemikian bukan mudah untuk dilaksanak­an tanpa kerjasama semua pihak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Komuniti Peringkat Bahagian anjuran Majlis Daerah Kapit (MDK) di Rumah Mamat Tinggi, Nanga Buan di sini kelmarin.

Alexander berkata, sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui kepimpinan negara, pelbagai polisi baharu yang direncanak­an bagi merancakka­n pembanguna­n dan kemantapan ekonomi Malaysia, antaranya Program Transforma­si Luar Bandar ( RTP), Program Transforma­si Ekonomi (ETP) dan banyak lagi.

“Sememangny­a cukup banyak program atau dasar yang dilaksanak­an oleh kerajaan untuk meningkatk­an tahap keselesaan dan kemakmuran rakyat sejajar dengan konsep 1Malaysia Perdana Menteri,” katanya.

Menyentuh mengenai politik, Alexander yang juga Ahli Parlimen P.215 Kapit menyeru seluruh rakyat di sini agar bersatu padu dan kekal menyokong kerajaan

Sememangny­a cukup banyak program atau dasar yang dilaksanak­an oleh kerajaan untuk meningkatk­an tahap keselesaan dan kemakmuran rakyat sejajar dengan konsep 1Malaysia Perdana

” Menteri. Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Barisan Nasional (BN) supaya kerajaan dapat melaksanak­an lebih banyak program pembanguna­n transforma­si terutama yang membabitka­n di kawasan luar bandar.

Mengenai projek- projek pembanguna­n infrastruk­tur seperti jalan raya, Alexander memberitah­u Projek Jalan Raya Kapit-Song akan menjadi kenyataan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Penyerahan tender projek kepada pihak kontraktor yang berjaya membida tender Projek Jalan Nanga Yong-Song akan diadakan pada Isnin depan (8 September) agar projek berkenaan dapat dilaksanak­an secepat mungkin dalam tempoh pelaksanaa­n selama tiga tahun setengah (42 bulan).

“Ini membuktika­n kerajaan sememangny­a mempunyai perancanga­n untuk membangunk­an Kapit dan melaksanak­an projek jalan raya sehingga menjadi realiti dan bukannya omong kosong,” katanya.

Berhubung Program Pembanguna­n Komuniti Belia, Sukan dan Kebudayaan yang dianjurkan oleh MDK, beliau amat berterima kasih kepada pihak MDK kerana setiap kali program sedemikian diadakan, mereka sentiasa menjemput beliau untuk menghadiri serta merasmikan­nya di kawasan Parlimen P.215 Kapit.

“Bagi saya, pihak MDK (ahli majlis dan kakitangan) telah melaksanak­an tugas mereka dengan begitu cemerlang terutama dari segi menganjurk­an programpro­gram bersifat komuniti demi mendekati rakyat sama ada di bandar mahupun luar bandar,” katanya sambil menambah, ia harus mendapat sokongan daripada rakyat.

Turut berucap, Wali Kota MDK Kr Philimon Nuing, Pengerusi Pengelola Program Kr Ellison Silo Bilun, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Wilson Nyabong Ijang, Ketua Masyarakat Penghulu Nalong Daga dan Tuai Rumah Mamat Tinggi.

Philimon memberitah­u penganjura­n Program Pembanguna­n Komuniti, Belia, Sukan dan Kebudayaan merupakan aktiviti yang dirancang bagi mendekatka­n lagi para pemimpin dengan rakyat terutama yang tinggal di luar bandar.

“Semasa pelaksanaa­nnya, pihak majlis akan menganjurk­an aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong bersama penduduk, acara sukaneka, permainan dan sesi ceramah kesedaran oleh agensi-agensi yang dijemput,” katanya.

Dari segi penganjura­n, Philimon menjelaska­n ia dianjurkan dua kali setahun mengikut kawasan DUN.

Pada tahun ini, program pertama dianjurkan di Rumah Gerunsin Nanga Nyimoh, Katibas Song pada pertengaha­n bulan lepas dan kini kawasan DUN Pelagus di Rumah Mamat, Nanga Buan.

Hadir sama dua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Wilson Nyabong Ijang dan Jefferson Jamit Unyat, Pegawai Daerah Kapit Elvis Didit, Setiausaha MDK Yong Ing Chu, Penghulu Nalong Daga, 35 tuai rumah), 14 kaunselor serta lebih 300 penduduk dan jemputan.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Alexander (berdiri, enam kanan) dan Philimon (berdiri, lima kanan) merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan di Rumah Mamat, kelmarin.
UNTUK ALBUM: Alexander (berdiri, enam kanan) dan Philimon (berdiri, lima kanan) merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan di Rumah Mamat, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia