Utusan Borneo (Sarawak)

Keunikan ‘Aiskrim Goyang’ tarikan ke gerai peniaga muda

-

KUCHING: Keunikan pada nama aiskrimnya, ‘Aiskrim Goyang’ menjadi tarikan pengunjung ke gerai seorang peniaga muda, Abdul Rahman yang mengikuti Festival Makanan di Tebingan Kuching di sini.

Abdul Rahman yang baharu menceburi bidang itu pada awal tahun ini kini mendapati ia mendapat sambutan menggalakk­an dengan permintaan yang tinggi.

“Perniagaan ‘ Aiskrim Goyang’ adalah kerja sampingan saya pada hujung minggu di mana saya akan berniaga di Pasir Panjang.

“Untuk memperkena­lkan lagi produk ini, maka saya menyertai Festival Makanan Sarawak 2014 kerana saya percaya ia merupakan produk baharu di Sarawak yang harus dikomersil­kan,” ujarnya ketika ditemui Utusan Borneo di gerainya, ‘Man Ais Krim Goyang’ pada Festival Makanan Sarawak 2014 di Tebingan Kuching di sini, kelmarin.

Tambah Abdul Rahman, di Semenanjun­g Malaysia, aiskrim terbabit sememangny­a sudah dikenali tetapi ia masih kurang popular di negeri ini.

Jelasnya, aiskrim yang asalnya dari Thailand itu hanya perlu menggunaka­n peralatan khas dibeli dari negara itu sendiri.

“Tambahan, modal bagi saya memulakan perniagaan ini hanya dalan lingkungan RM1,000 sahaja dan dalam masa seminggu, saya sudah mampu meraih semula pulangan berkenaan,” kata lelaki berusia 33 tahun itu.

Abdul Rahman memberitah­u, keunikan produk itu ialah dia hanya perlu mengoyangk­an mesin berkenaan dan hanya perlu mengambil masa 15 minit untuk membekukan aiskrimnya.

Katanya, satu peralatan berkenaan mempunyai 100 acuan aiskrim dan dia menyediaka­n pelbagai perisa termasuk jagung, vanila dan coklat.

“Saya mampu mendapat keuntungan sebanyak 75 peratus daripada 100 acuan ini di mana saya menjual RM1 bagi setiap satu aiskrim,” kata kakitangan AgroBANK itu.

Sebagai rancangan masa hadapan, katanya, pastinya dia ingin terus memberi keutamaan dalam bidang berkenaan dan akan berusaha memperkemb­angkan produk di Sarawak.

“Saya memang merancang untuk menumpukan sepenuhnya terhadap perniagaan ini pada satu masa nanti.

“Selain itu, saya mungkin akan membawa satu lagi konsep aiskrim yang kreatif pada masa akan datang yang juga popular di Semenanjun­g Malaysia,” ujar Abdul Rahman.

Bagaimanap­un, produk berkenaan lebih mencabar lagi kerana ia memerlukan kursus tertentu untuk mendapatka­n kemahiran terbabit, ujarnya.

“Sehubungan itu, juga saya berasakan festival ini merupakan wadah yang amat baik untuk saya memperkena­lkan lagi produk unik dan kreatif kepada masyarakat Sarawak,” katanya.

 ??  ?? BAHARU: Abdul Rahman menunjukka­n demonstras­i mengoyangk­an mesin ‘Aiskrim Goyang’ yang boleh didapati di Festival Makanan Sarawak 2014.
BAHARU: Abdul Rahman menunjukka­n demonstras­i mengoyangk­an mesin ‘Aiskrim Goyang’ yang boleh didapati di Festival Makanan Sarawak 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia