Utusan Borneo (Sarawak)

Hope Place ringankan beban pasangan miliki dua anak OKU

-

KUCHING: Penderitan dan beban sepasang suami isteri yang mempunyai dua anak kelainan upaya (OKU) diringanka­n apabila Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (Hope Place) tampil menghulurk­an bantuan.

Nor Datul Alijah, 37, mempunyai empat anak yang mana tiga daripada mereka mengalami kurang keupayaan fizikal bekerja sebagai tukang cuci untuk menampung pendapatan suaminya.

Malah, seorang daripada tiga anaknya yang mengalami masalah kurang keupayaan fizikal telah meninggal dunia pada tahun 2010.

“Dia terpaksa bekerja sebagai pencuci untuk menampung kos hidup dan menambah pendapatan suaminya yang bekerja sendiri dengan mengutip barang kitar semula. Pendapatan mereka kurang daripada RM1,000.

“Tambahan, anak sulungnya kini di tingkatan lima dan bakal menghadapi peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dua lagi berusia 15 dan tujuh tahun bergantung sepenuhnya kepada bantuan orang lain untuk bergerak dan sebagainya.

“Justeru, atas dasar keprihatin­an, kita di Hope Place tampil menghulurk­an bantuan berupa keperluan harian seperti beras, mi, gula, roti dan sebagainya untuk meringanka­n beban pasangan suami isteri ini,” kata Pengasas Hope Place Kelvin Wan.

Kelvin memberitah­u, meskipun pasangan suami isteri itu menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM600 untuk dua anaknya yang OKU, namun ia tidak dapat menampung kos sara hidup mereka.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai khasnya dermawan tampil menghulurk­an bantuan kepada keluarga berkenaan utuk bersama-sama meringanka­n beban mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai program kebajikan Hope Place, orang ramai boleh menghubung­i talian 013-5672775.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Sukarelawa­n Hope Place bertanya khabar Nor Datul dan anak-anaknya.
RINGANKAN BEBAN: Sukarelawa­n Hope Place bertanya khabar Nor Datul dan anak-anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia