Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar penderma organ di Malaysia hanya 1.4 peratus bagi sejuta orang

Orang ramai perlu dididik mengenai pentingnya pendermaan organ: Lee

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Mengikut rekod Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), kadar penderma organ di Malaysia hanya 1.4 peratus bagi sejuta orang. Jumlah ini amat jauh berbeza jika dibandingk­an dengan negara maju lain seperti di Sepanyol yang merupakan negara teratas dalam pendermaan organ dengan kadar 34.4 peratus bagi sejuta orang.

Pelbagai usaha turut dilakukan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai murninya pendermaan organ, namun hanya sedikit daripada pengikrar yang memahaminy­a.

Menteri Muda Perhubunga­n Datuk Lee Kim Shin memberitah­u, kempen dan usaha yang berkaitan perlu kerap dilakukan bagi mendidik masyarakat agar lebih memahami mengenai pendermaan organ.

“Pendermaan organ bukan sahaja untuk membantu menyelamat­kan nyawa orang lain, bahkan secara tidak langsung ia membantu meningkatk­an kehidupan seseorang

Pendermaan organ bukan sahaja untuk membantu menyelamat­kan nyawa orang lain, bahkan secara tidak langsung ia membantu meningkatk­an kehidupan seseorang itu kerana telah melakukan

” sesuatu perkara yang mulia. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Perhubunga­n

itu kerana telah melakukan sesuatu perkara yang amat mulia,” katanya.

Menurut Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin, masih ramai yang mempunyai persepsi negatif dan takut untuk mendermaka­n organ.

“Selain disebabkan pantang larang budaya, takut adalah antara penyebab masyarakat kita tidak mahu menjadi penderma organ yang turut akan menimbulka­n pelbagai salah faham,” katanya pada majlis perasmian Kempen Pendermaan Organ dan Derma Darah 2014 anjuran bermasa Hospital Miri dan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Miri bertempat di Bintang Megamall Miri di sini semalam.

Jelas Lee yang juga merupa- kan antara pengikrar penderma organ, sehingga April 2014, sejumlah 18,347 sedang menunggu untuk mendapatka­n organ buah pinggang, hati ( 27), jantung ( lima), paru-paru (enam) serta jantung dan paru-paru (tiga).

Bekalan organ untuk didermakan amat kurang, namun permintaan­nya sentiasa meningkat pada setiap tahun.

Mengenai kempen terbabit, Lee berharap melalui usaha yang dijalankan mampu meningkatk­an kefahaman masyarakat mengenai pendermaan organ dalam membantu nyawa orang lain yang memerlukan.

Selain forum pendermaan organ, program berkenaan turut mengadakan pemeriksaa­n kesihatan, derma darah, pertanding­an mewarna kanak-kanak, pertanding­an fesyen ‘Go Green’ dan pameran.

Hadir sama semalam ialah Ketua Pengurus Klinikal Kebangsaan Pusat Sumber Transplan Nasional, Datin Dr. Fadhilah Zowyah Lela Yasmin Mansor dan Pengarah Hospital Miri Dr. Jack Wong.

 ??  ?? IKRAR: Lee (tiga kanan) bersama tetamu yang lain menunjukka­n kad ikrar penderma organ pada majlis perasmian Kempen Pendermaan Organ dan Derma Darah 2014 anjuran bersama Hospital Miri dan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Miri bertempat di Bintang...
IKRAR: Lee (tiga kanan) bersama tetamu yang lain menunjukka­n kad ikrar penderma organ pada majlis perasmian Kempen Pendermaan Organ dan Derma Darah 2014 anjuran bersama Hospital Miri dan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Miri bertempat di Bintang...
 ??  ?? TERUSKAN USAHA: Ling (tengah) bergambar kenangan dengan penerima biasiswa YWP di bilik mesyuarat PVTMS.
TERUSKAN USAHA: Ling (tengah) bergambar kenangan dengan penerima biasiswa YWP di bilik mesyuarat PVTMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia