Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk di DUN Bawang Assan tidak ragui UPP, kata Andrew

-

SIBU: Penerimaan masyarakat di luar bandar khususnya penduduk di rumah-rumah panjang dan kampung-kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) N.47 Bawang Assan terhadap Parti Rakyat Bersatu (UPP) amat menggalakk­an.

Ketua Unit Bumiputera UPP N.47 Bawang Assan Andrew Shilling berkata, semua itu dapat dilihat hasil kunjungan ahli-ahli Unit Bumiputera ke semua rumah-rumah panjang dan kampung-kampung di DUN Bawang Assan selama tujuh hari.

“Sepanjang kunjungan tujuh hari kita ke rumah panjang dan kampung-kampung, sambutan serta penerimaan yang diberikan oleh mereka terhadap UPP amat baik dan menggalakk­an.

“Ini kerana mereka sedar wakil rakyat DUN N. 47 Bawang Assan iaitu Dato Sri Wong Soon Koh bersamasam­a dalam parti ini,” ujarnya kepada Utusan Borneo selepas mengetuai rombongan ahliahli Unit Bumiputera UPP Bawang Assan berkunjung ke Sungai Bidut, Sungai Tebelian, Tanjung Bekakap, Sungai Apong dan Sungai Melanggan, semalam.

Turut serta ialah Pemanca Stanley Geramong, Penghulu James Semilan, Penghulu Jeffery Sut serta yang lain.

Menurut Andrew yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, penduduk rumah panjang dan kampung-kampung kini tidak lagi teragakaga­k untuk menyertai UPP yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 14 Julai tahun ini.

Katanya, penduduk tidak lagi keliru kerana telah mendapat penerangan yang jelas ketika kunjungan mereka sebelum ini, terutama mengenai hala tuju dan perjuangan UPP.

“Ini kerana kita menerangka­n kepada mereka mengenai UPP yang sentiasa berpegang teguh dengan prinsip Barisan Nasional (BN),” jelas beliau.

Ditanya mengenai sasaran keahlian, Andrew berkata Unit Bumiputera UPP Bawang Assan menyasarka­n tidak kurang 3,000 orang ahli, terutama di kawasan DUN Bawang Assan.

Sehingga kini katanya, sejumlah lebih 1,000 borang keahlian bagi menyertai UPP telah diterima.

Beliau juga memberitah­u, UPP turut menyasarka­n golongan belia di rumah-rumah panjang untuk menyertai parti tersebut.

“Untuk itu kita akan menjalanka­n aktiviti bagi menarik golongan muda ini untuk menyertai UPP. Aktiviti ini termausk sukan serta aktiviti-aktiviti yang diminat oleh golongan terbabit,” jelas Andrew.

 ??  ?? BORANG KEAHLIAN: Andrew (kanan) menerima borang keahlian menyertai UPP daripada Tuai Rumah Joseph Jarrau (kiri) dan Tuai Rumah Suda Majuy (tengah) di Rumah Joseph Jarrau, Tanjung Bekakap, semalam.
BORANG KEAHLIAN: Andrew (kanan) menerima borang keahlian menyertai UPP daripada Tuai Rumah Joseph Jarrau (kiri) dan Tuai Rumah Suda Majuy (tengah) di Rumah Joseph Jarrau, Tanjung Bekakap, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia