Utusan Borneo (Sarawak)

Unit PPK digesa bergiat aktif dekati ahli: Entri

-

SIBU: Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) Datuk Slyvester Entri Muran menyeru Unit Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK) bergiat aktif di peringkat kawasan masing-masing agar peranan dan kepentinga­n kewujudan PPK lebih dirasai ahli-ahlinya.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 1,600 unit PPK di negeri ini dengan keutamaan yang diberi adalah untuk mengaktifk­an semua unit PPK menerusi pelbagai pelan pembanguna­n.

“Kita akan menentukan dan mengenal pasti ahli-ahli peladang di unit PPK yang boleh membangunk­an sektor pertanian di kawasan masingmasi­ng,” jelasnya yang juga Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air).

Entri berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Penutupan Seminar Transforma­si Pertubuhan Peladang Sarawak Ke Arah 2020 yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Entri yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Sarawak memberitah­u, pemantauan di kawasan unit PPK perlu dijalankan dan membuat sistem pilihan berdasarka­n keutamaan.

“Misalnya, pilihan pertama mungkin kita akan memberi markah tujuh bintang, begitu juga dengan pilihan kedua dan ketiga yang akan memperoleh­i markah masing-masing,” ujarnya.

Tambah Entri, kriteria untuk mengaktifk­an unit PPK turut dilihat dari segi isipadu perniagaan pertanian, keuntungan dan jumlah ahli yang berjaya dalam setiap unit PPK.

“Kita mungkin tidak akan memberi bantuan dari segi wang tunai kepada ahli-ahli unit PPK yang berjaya. Sebaliknya, kita mungkin akan memberi bantuan dari segi input pertanian seperti racun, baja, peralatan serta perkakas pertanian kepada mereka,” katanya.

Entri memberitah­u, pelan pembanguna­n seumpama itu akan menjadikan kewujudan unit PPK di peringkat kawasan menjadi lebih dirasai oleh ahli-ahlinya.

Seramai 200 peserta terdiri daripada pengerusi dan pengurus besar PPK serta kakitangan Jabatan Pertanian menghadiri seminar yang dijalankan selama tiga hari, bermula 3 hingga 5 September.

 ??  ?? SYABAS: Entri (kanan) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta Seminar Transforma­si Pertubuhan Peladang Sarawak Ke Arah 2020.
SYABAS: Entri (kanan) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta Seminar Transforma­si Pertubuhan Peladang Sarawak Ke Arah 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia