Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan biarkan anak-anak tinggal bersendiri­an: Pakar

-

KUALA LUMPUR: Masyarakat dari semasa ke semasa sering dikejutkan dengan berita kematian kanak-kanak yang ditinggalk­an bersendiri­an oleh ibu bapa sama ada di rumah atau kenderaaan.

Tentulah ibu bapa mempunyai alasan tersendiri untuk membiarkan anak-anak mereka, tetapi amalan sebegini seboleh mungkin perlulah dielakkan.

Menurut Pensyarah Undang- Undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal, kanak-kanak yang dibiarkan bersendiri­an sememangny­a boleh melakukan aktiviti berbahaya sehingga boleh membawa maut.

Oleh itu, beliau berkata adalah menjadi tanggungja­wab ibu bapa untuk melindungi anak-anak mereka dalam apa keadaan sekalipun.

“Ibu bapa perlu mempunyai naluri keibubapaa­n dengan sentiasa mempersoal­kan kewajaran tingkah laku mereka sama ada ia mampu melindungi keselamata­n anak-anak mereka,” katanya.

Noor Aziah yang juga Ahli Majlis Penyelaras Perlindung­an Kanak-Kanak Malaysia berkata kebanyakan kes kematian kanak-kanak yang dilaporkan media kebelakang­an ini adalah disebabkan kecuaian orang dewasa sama ada pengasuh mahupun ibu bapa.

“Tiada kanak-kanak yang sepatutnya mati akibat perbuatan ibu bapa mereka sendiri dan tidak ada ibu bapa yang mahu menanggung kesengsara­an dan kesedihan kerana tidak sengaja menyebabka­n kematian anak mereka,” katanya.

Setakat hari ini (semalam) tahun ini, lima kes kematian kanak-kanak akibat kecuaian ibu bapa dilaporkan yang antaranya melibatkan kanak- kanak yang ditinggalk­an hampir sembilan jam dalam kenderaan dan terjatuh dari flat.

Dari segi perundanga­n, Noor Aziah menjelaska­n kanak- kanak di Malaysia diberi perlindung­an khas dan dikawal di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

“Akta ini turut memperuntu­kkan hukuman ke atas pihak (termasuk ibu bapa) yang cuai, abai atau menganiaya kanak- kanak atau menyebabka­n kanak-kanak cedera, mati atau mendedahka­n mereka kepada risiko yang menyebabka­n kecederaan dan kematian,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia