Utusan Borneo (Sarawak)

9 anak ahli PVTMS cemerlang PMR terima biasiswa YWP

-

SIBU: Seramai sembilan anak ahli Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak ( PVTMS) yang mendapat keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR) 2013 menerima biasiswa Yayasan Warisan Perajurit (YWP).

Tiga penerima dari Sibu, manakala enam penerima lain dari Kuching mendapat biasiswa yang ditawarkan kepada anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang berkhidmat atau yang telah bersara dan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam.

Yayasan Warisan Perajurit (YWP) adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan bersama oleh Syarikat-sya- rikat Kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Majlis penyampaia­n cek biasiswa kepada penerima di Sibu telah disempurna­kan oleh Presiden PVTMS, Thomas Ling Kui Eng yang berlangsun­g di bilik mesyuarat persatuan, semalam.

Mereka yang menerima cek biasiswa YWP adalah Nur Syakhirah Abdul Wahab, anak kepada veteran Abdul Wahab Mohamed Yusof kini belajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Betong dan memperoleh­i keputusan 8A.

Selain itu, Elizabeth Badek Munie (SMK Kwong Hua) yang merupakan anak kepada veteran Munie Sawang serta memperoleh­i keputusan 7A dan Elia John (SMK Kanowit) yang merupakan anak kepada veteran John Rani juga mendapat keputusan cemerlang 7A.

Ling berharap semua anakanak ahli yang menerima biasiswa agar terus berusaha untuk lebih cemerlang dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan datang dan berjaya melanjutka­n pelajaran mereka di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Katanya lagi, PVTMS akan terus membantu dan menyokong semua permohonan skim biasiswa YWP bagi anak-anak ahli persatuan yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PMR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia