Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia bersama masyarakat antarabang­sa tentang ISIS

Malaysia akan bekerjasam­a perangi pertubuhan militan

-

PUTRAJAYA: Malaysia berdiri teguh bersama masyarakat antarabang­sa dalam menentang pertubuhan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) kerana ia tidak membawa keadilan kepada Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bimbang dengan konflik di Iraq dan Syria selain penglibata­n aktiviti militan yang menghakis kestabilan di negara-negara berkenaan.

Beliau berkata Malaysia akan bekerjasam­a dengan masyarakat antarabang­sa untuk memerangi pertubuhan militan dan pengaruhny­a.

“Kami akan bekerjasam­a dengan masyarakat besar lain kerana ISIS tidak mewakili Islam. ISIS adalah tidak sepadan. Ia tidak membawa keadilan kepada Islam,” katanya dalam sidang media bersama Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di Bangunan Perdana Putra di sini semalam.

Abbott dalam rangka lawatan kerja sehari ke Malaysia untuk membincang­kan isu dua hala termasuk soal kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan nahas pesawat MH17, selain berkaitan perdaganga­n.

Dalam menyokong pendirian Malaysia itu, Abbott memuji kenyataan Najib kerana menurutnya ISIS bukan sahaja mendatangk­an ancaman kepada rakyat Iraq dan Syria tetapi rakyat dunia.

“Saya mahu mengucapka­n

Kami akan bekerjasam­a dengan masyarakat besar lain kerana ISIS tidak mewakili Islam. ISIS adalah tidak sepadan.

“Ia tidak membawa keadilan kepada Islam. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

terima kasih kepada Perdana Menteri Najib kerana pendirian teguh beliau (menentang ISIS) seperti yang beliau nyatakan bahawa ISIS menentang Tuhan, menetang Islam dan masyarakat keseluruha­n,” katanya.

Beliau berkata masyarakat global perlu menangani pertubuhan itu di setiap peringkat bagi menghapusk­an pengaruhny­a sebagai ‘kumpulan maut’.

Putrajaya menganggap ISIS sebagai pertubuhan peng- ganas dan tidak merestui sebarang aktivitiny­a, kata Wisma Putra minggu lepas.

Antara Januari dan Jun tahun ini, polis Malaysia menahan 19 orang termasuk dua wanita kerana terbabit dalam aktiviti militan yang boleh dikaitkan dengan ISIS.

Pihak polis turut mendedahka­n sekurang-kurangnya 50 rakyat Malaysia dipercayai sedang berada di Syria berperang bersama pasukan ISIS.

Baru-baru ini Abbott mengumumka­n Australia memerangi ISIS selepas keluar laporan bahawa rakyat Australia turut menjadi anggota jihad dan berperang di Iraq dan Syria. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAJLIS JAMUAN: Najib bersama Tony pada majlis jamuan tengah hari meraikan Perdana Menteri Australia itu di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama MAJLIS JAMUAN: Najib bersama Tony pada majlis jamuan tengah hari meraikan Perdana Menteri Australia itu di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia