Utusan Borneo (Sarawak)

Abbott ulangi komitmen bantu M’sia cari MH370, tegakkan keadilan MH17

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengulangi komitmen untuk membantu Malaysia mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang masih hilang dan pelaku kejam yang menembak jatuh pesawat MH17.

Bercakap kepada pegawai Malaysia yang terlibat mengendali­kan kedua-dua tragedi itu di sini, beliau berkata Australia tidak akan berhenti sehingga menemui pesawat MH370 dan menegakkan keadilan untuk MH17.

“Saya tidak pernah terfikir untuk bekerjasam­a dengan negara lain yang lebih baik selain Malaysia dalam usaha ini,” kata beliau dalam ucapan di hadapan kira-kira 30 pegawai daripada pelbagai agensi di bawah Kementeria­n Pengangkut­an, Kementeria­n Pertahanan, Jabatan Penerbanga­n Awam dan Majlis Keselamata­n Negara.

Sesi khas itu turut dihadiri rakan sejawatan beliau Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abbott tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi sehari di Malaysia, lawatan pertama beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Australia pada 18 Sept tahun lepas.

Menyifatka­n kedua- dua tragedi itu sebagai tamparan berganda bagi Malaysia, Abbott bagaimanap­un berkata Malaysia telah menghadapi­nya dengan keberanian dan semangat kental.

“Saya teruja berada di sini pagi ini (pagi semalam) untuk mengucapka­n terima kasih secara rasmi kepada semua pegawai Malaysia yang terlibat.

“Khususnya, saya mahu mengucapka­n terima kasih kepada rakan kongsi, sahabat, rakan sejawatan, Per- dana Menteri Najib, kerana kepimpinan yang ditunjuk beliauketi­ka menghadapi ujian dan isu yang mencabar bagi negaranya, negara saya dan dunia.

Bagaimanap­un, beliau berkata pengalaman pahit dalam kedua-dua tragedi itu telah membawa hubungan lebih erat antara kedua-dua negara.

“Saya tidak mungkin mendapat seorang sahabat yang mesra, bijaksana, berdedikas­i dan penasihat seperti Perdana Menteri Najib,” katanya.

Katanya kedua-dua tragedi itu juga telah membawa yang terbaik daripada setiap negara pada saat-saat yang amat diperlukan, yang telah mewujudkan hubungan yang lebih erat antara negara.

Penerbanga­n MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam pener- bangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran telah dilakukan di selatan Lautan Hindi, berhampira­n Perth, tempat pesawat itu dipercayai berakhir.

Penerbanga­n MH17 pula terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai apabila ditembak jatuh di negara bergolak itu ketika dalam penerbanga­n dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia