Utusan Borneo (Sarawak)

MH17: Selepas laporan risikan, fasa seterusnya kumpul bukti fizikal

-

PUTRAJAYA: Selepas menerima laporan risikan “agak konklusif”, Malaysia dan pasukan penyiasata­n antarabang­sa kini berusaha untuk mengumpulk­an bukti fizikal berkaitan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbanga­n MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi tujuan itu, pasukan berkenaan mahu memasuki semula kawasan nahas di timur Ukraine sebelum musim sejuk.

“Untuk pengetahua­n anda, kami sedang berusaha sebaik mungkin. Kami telah menerima laporan risikan berhubung apa yang telah berlaku terhadap Penerbanga­n MH17 dan laporan itu sebenarnya agak konklusif.

“Apa yang akan kami lakukan seterusnya adalah untuk mengumpulk­an bukti fizikal, bukti yang kami boleh kemukakan di mahkamah bila tiba masanya supaya ia dapat dibuktikan tanpa sebarang kesangsian bahawa pesawat itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu dan ini perlu dibuktikan di mahkamah,” katanya.

Najib berkata demikian pada sesi soal jawab dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Australia Tony Abbott yang diadakan sempena lawatan rasmi sehari Abbott di Malaysia, di sini semalam.

Penerbanga­n MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbanga­n dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777-200 itu dikatakan ditembak jatuh di negara bergolak itu.

Najib berkata Malaysia bersama-sama rakan antarabang­sa seperti Australia dan Belanda memerlukan sekurang- kurangnya lima minggu untuk memeriksa keseluruha­n kawasan nahas yang agak luas, bukan sahaja untuk mencari cebisan mayat tetapi juga untuk mengumpulk­an bukti fizikal.

Sebaik sahaja proses mengumpulk­an bukti fizikal selesai, Najib berkata peringkat seterusnya adalah untuk meneliti dari sudut jenayah bagi mencari siapa yang bertanggun­gjawab melakukan jenayah kejam itu.

“Saya melihat ini sebagai amat mencabar kerana untuk mendapatka­n bukti di kawasan konflik bakal berdepan pelbagai masalah serius tetapi kami bertekad untuk mencari kebenarann­ya dan membawa siapa yang bertanggun­gjawab ke muka pengadilan,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia