Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia hadapi tragedi MH370, MH17 dengan tabah dan semangat kental, kata Abbott

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata Malaysia mendepani tragedi berganda MH370 dan MH17 dengan tabah dan semangat kental sambil mengakui kebijaksan­aan, dedikasi dan kepimpinan rakan sejawatann­ya Datuk Seri Najib Tun Razak, mengendali­kan kedua-dua tragedi itu.

“Sukar bagi saya untuk mendapat sahabat dan penasihat dalam menghadapi ujian dan tempoh yang sukar ini dan amat berterima kasih kepada beliau (Najib) untuk persahabat­an ini dan kepimpinan beliau,” katanya.

Abbott mengungkap­kan kenyataan itu dalam sidang media bersama-sama Najib yang diadakan sempena lawatan rasmi sehari beliau di Malaysia, di sini semalam.

Abbott, yang terlibat dalam perbincang­an dengan Najib sebelum ini, berikrar mereka tidak akan berputus asa untuk terus mencari pesawat MH370.

“Kami bertanggun­gjawab kepada keluarga mangsa, kami juga bertanggun­gjawab kepada negara yang bersedih atas kehilangan warganya, kami juga bertanggun­gjawab kepada orang ramai yang ingin tahu di seluruh dunia, untuk melakukan apa yang kami mampu, untuk merungkai misteri ini (kehilangan MH370).

“Kami tidak akan berhenti sehingga ia diselesaik­an... Australia- Malaysia akan menjadi rakan kongsi terkuat dalam tugas penting ini,” kata Abbott.

Penerbanga­n MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran telah dilakukan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir.

Usaha pencarian baharu pesawat itu telah ditingkatk­an dengan pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Australia bulan lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia