Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Nazrin hargai tugas media lapor pemakaman Almarhum Sultah Azlan

-

KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menzahirka­n penghargaa­n kepada semua pihak termasuk petugas media dalam melaporkan urusan pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah pada 28 Mei lepas.

Baginda melahirkan penghargaa­n tinggi kepada mereka yang begitu tinggi budi dan pekerti dalam menggalas tugas menyampaik­an berita tentang kemangkata­n Almarhum.

“Beta pohon dihalalkan setiap keringat yang dititiskan ke bumi dan setiap tenaga yang digunakan semasa memenuhi tanggungja­wab itu.

“Beta disembah maklum, sebahagian daripada para petugas tidak dapat hadir di majlis ini kerana pada masa ini diperlukan bertugas di tempat tertentu.

Sampaikan salam terima kasih Beta sekeluarga,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Jamuan Teh Diraja bagi menghargai PetugasPet­ugas Istiadat Pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah, di pekarangan Istana Iskandaria­h di sini semalam.

Sultan Nazrin turut menzahirka­n ucapan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan, Kerajaan Negeri, Kementeria­n Penerangan, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, agensi penyiaran serta media, jabatan, institusi, pertubuhan dan individu yang terlibat secara tertera atau terselindu­ng dalam mengendali­kan urusan pemakaman.

Baginda melahirkan rasa terharu melihat ramai rakyat dari pelbagai lapisan, pegangan agama dan kaum menziarahi jenazah Almarhum.

“Dalam kalangan mereka ada yang uzur, warga emas, bertongkat, dipapah, berkerusi roda, berpakaian lusuh, berjalan kaki, mendaki bukit serta memanjat tangga istana, tetapi berhati cekal untuk menziarahi dan mendoakan kesejahter­aan jenazah Almarhum.

“Beta percaya kebanyakan mereka tidak pernah menemui Almarhum secara peribadi semasa hayat Almarhum, tetapi secara khusus mereka telah mempamerka­n semangat kasih setia rakyat kepada Raja Pemerintah yang telah mangkat.

“Secara simbolikny­a, mereka mempamerka­n sifat kesetiaan, mendukung kelangsung­an institusi pemerintah­an berteraska­n raja,” titah baginda.

“Banyak pihak yang terlibat menguruska­n istiadat pemakaman. Beta menyaksika­n sendiri, tugas- tugas berat yang dilaksanak­an oleh begitu ramai petugas, menguruska­n perjalanan jenazah selamat sampai ke Istana Iskandaria­h, pelajar tahfiz yang tidak putus- putus membacakan ayat-ayat suci al-Quran, ka- langan yang menyiram dan mengapanka­n jenazah.

“Para jejawat yang setia berdiri di Balai Rong Seri sepanjang hari, para anggota yang mengusung Seraja Diraja dan mengiringi perjalanan terakhir jenazah dari istana ke tempat pemakaman, menyembahy­angkan jenazah, menyemadik­an jenazah di liang lahad, mentalkink­an dan mendoakan jenazah,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah setiap tugas dilaksanak­an secara terbaik dengan semangat kasih sayang untuk memuliakan jasad seorang Sultan yang telah mangkat. Baginda bertitah kemangkata­n ayahanda baginda itu telah memenuhi peranan sebagai seorang Raja Pemerintah yang berpegang teguh kepada konsep Raja Berperlemb­agaan.

“Almarhum dikenali sebagai seorang Raja Pemerintah yang amat berpegang kepada prinsip meluhurkan perlembaga­an serta mendaulatk­an undang-undang.

“Almarhum telah meninggalk­an legasi pemerintah­an yang wajib dijadikan rujukan. Almarhum telah melakarkan imej Raja Pemerintah yang disegani dan menyuntik kedaulatan takhta yang dihormati,” titah baginda.

Sultan Nazrin diisytihar­kan sebagai Sultan Perak dalam istiadat pengisytih­aran pelantikan di Istana Iskandaria­h pada 29 Mei.— Bernama

(Mereka beranggapa­n) seolah-olah pihak berkuasa bertindak secara memilih, memilih bulu. Kalau orang ini cepat, kalau orang itu lambat...persepsi ini timbul adalah berdasarka­n apa yang mereka

” lihat. Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri

bukan Melayu menyentuh sensitivit­i orang Melayu baik agamanya, budayanya, rajanya dan sebagainya, maka laporan-laporan telah dibuat kepada pihak polis...sampai berpuluh-puluh laporan, jadi orang bertanya apa jadi dengan laporan-laporan itu sedangkan kalau ada hal yang dilakukan oleh orang Melayu kepada bukan Melayu, tindakan cepat diambil, seolah-olah begitulah halnya,” katanya.

Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata demikian dalam ucapan penggulung­annya pada Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian itu di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh, dekat sini semalam.

Pada mesyuarat itu, terdapat usul daripada perwakilan mengenai perlunya Kementeria­n Dalam Negeri bertindak tegas mengikut undangunda­ng dan perlembaga­an sedia ada terhadap pihak yang menggugat perpaduan dan mereka yang mencemar institusi raja, kesucian Islam dan hak keistimewa­an orang Melayu.

Ada juga perwakilan yang mencadangk­an supaya tindakan tegas diambil terhadap mereka yang menyentuh soal sensitivit­i kaum dengan tindakan dan pendakwaan bukannya dibuat secara memilih.

Bagi menangani persepsi itu, Muhyiddin berkata pihak kerajaan telah mengadakan perbincang­an dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, iaitu pihak yang bertanggun­gjawab dalam menangani kes sedemikian.

Beliau berkata daripada pertemuan dengan pihak berkuasa itu, penjelasan telah diberikan kepada kerajaan bahawa untuk sebarang tindakan boleh diambil, pihak berkuasa yang menyiasat perlu dapat bukti yang sahih.

“(Bukti yang didapati perlu) melampaui keraguan munasabah. Bahawa memang sabit kes itu dilakukan oleh pihak ini dan ada akta yang telah dilanggari oleh mereka dan (menyebabka­n) tindakan boleh diambil oleh pihak berkuasa,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia