Utusan Borneo (Sarawak)

Wilshere bidas pengkritik

-

LONDON, England: Pemain tengah England Jack Wilshere telah membidas pengkritik “semberono” yang mendakwa bintang Arsenal tersebut gagal menggunaka­n bakatnya sepenuhnya.

Wilshere disebut- sebut sebagai pemain muda paling berpotensi dalam pasukan England ketika dia julung kali bermain pada peringkat antarabang­sa empat tahun lalu tetapi dia menghadapi masalah untuk mencapai potensi tersebut.

Pemain berusia 22 tahun itu sudah bermain sebanyak 21 kali sahaja bersama pasukan kebangsaan disebabkan oleh siri kecederaan dan penurunan prestasi pada peringkat kelab sekali gus mengundang kritikan daripada bekas pemain England seperti Jamie Redknapp, Paul Scholes dan Jamie Carragher.

Redknapp, yang bermain di bahagian tengah bagi Liverpool dan Tottenham, berkata “masalah Jack Wilshere adalah Jack Wilshere” dan dia “tidak ada alasan lagi”.

Kenyataan itu tidak disenangi Wilshere yang kecewa dengan sikap tidak faham yang ditunjukka­n oleh seorang lelaki dengan karier yang dipendekka­n oleh kecederaan pada usia 31 tahun.

“Saya mendengar orang yang bekerja rapat dengan saya,” kata Wilshere menjelang perlawanan pembukaan England bagi kelayakan Euro 2016 di Switzerlan­d esok (Isnin).

“Ia adalah mudah bagi seseorang untuk muncul di televisyen dan berkata ‘dia harus melakukan ini, dia harus melakukan itu’ tetapi jika anda mengimbas kembali, dia pernah cedera sekerap saya. Mungkin lebih kerap berbanding saya.

“Dia juga tidak pernah cedera pada usia saya dan ia ternyata memerlukan kekuatan mental yang tinggi untuk bangkit semula.”

Wilshere menerima hakikat bahawa kritikan adalah lumrah bagi seorang pemain bola sepak berprofil tinggi tetapi cara ia disampaika­n kadang-kala menjengkel­kan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MASIH BERTENAGA: Gatlin sampai ke garisan penamat sekali gus memenangi tempat pertama dalam acara pecut 100m pada kejohanan Liga Berlian di Brussels.
— Gambar AFP MASIH BERTENAGA: Gatlin sampai ke garisan penamat sekali gus memenangi tempat pertama dalam acara pecut 100m pada kejohanan Liga Berlian di Brussels.
 ?? — Gambar AFP ?? BERHEMPAS-PULAS: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kelayakan Piala Negara Afrika 2015 di antara Sudan dan Afrika Selatan di Khartoum.
— Gambar AFP BERHEMPAS-PULAS: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kelayakan Piala Negara Afrika 2015 di antara Sudan dan Afrika Selatan di Khartoum.
 ??  ?? WILSHERE
WILSHERE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia