Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldinho ke Mexico sertai ‘White Roosters of Queretaro’

-

SEPAKAN Neymar merembat masuk bola daripada satu tendangan percuma untuk memberikan Brazil kemenangan 1-0 ke atas Colombia pada satu perlawanan persahabat­an di Stadium Sun Life di Florida. MEXICO CITY: Legenda Brazil Ronaldinho mengambil langkah yang mengejutka­n Jumaat lepas apabila dia berhijrah ke divisyen pertama Mexico dengan menyertai kelab ‘White Roosters of Queretaro’ dengan kontrak selama dua tahun.

Bekas juara Piala Dunia dan pemain terbaik dunia sebanyak dua kali yang berusia 34 tahun itu tidak ada kelab sejak dia meninggalk­an kelab di Brazil Atletico Mineiro pada hujung Julai lalu.

“Saya memilih Mexico kerana kasih sayang yang saya selalu terima di sini selama ini. Saya amat bermotivas­i untuk mewakili” Queretaro, dia menulis dalam Twitter.

Bekas pemain Paris StGermain, Barcelona dan AC Milan itu, atau nama penuhnya Ronaldo de Assis Moreira, berkata dia akan memakai jersi nombor 49, yang memaparkan nombor bertuahnya.

Menandatan­gani Ronaldinho adalah satu langkah besar bagi sebuah kelab yang hampir tersingkir dari liga pada tahun lepas disebabkan oleh skandal rasuah melibatkan bekas pemiliknya. Kelab itu juga ada masalah membayar gaji para pemainnya.

Ia membawa salah satu nama terbesar dalam sukan bola sepak ke liga Mexico, meskipun seorang pemain yang dianggap ramai sebagai berada di senja kariernya yang cemerlang selepas ditinggal- kan dari skuad Piala Dunia Brazil pada tahun ini.

Ronaldinho telah diburu oleh pasukan bukan liga di England, Basingstok­e Town, yang bermain dalam divisyen keenam.

Namun legenda Brazil itu, yang menjaringk­an 33 gol dalam 97 penampilan bagi negaranya, pergi ke arah lain.

“Saya gembira untuk berkongsi dengan anda iaitu dari hari ini, bintang @10Ronaldin­ho adalah pemain rooster (ayam jantan),” tulis pemilik pasukan Olegario Vazquez dalam Twitter.

“Ia menguatkan pasukan yang hebat, penyokong memang wajar mendapatka­nnya,” katanya. Ronaldinho menyertai kelab itu ketika ia berusaha mempertaha­nkan tempat playoff dalam kejohanan Liga MX 2014.

Ronaldinho menjadi bekas pemenang Piala Dunia ketujuh dari Brazil yang menyertai liga utama Mexico. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? APA KHABAR?: Ronaldinho memberikan tabik hormat kepada peminatnya sebelum sidang media di Auditorium Kebangsaan di bandar Mexico.
— Gambar AFP APA KHABAR?: Ronaldinho memberikan tabik hormat kepada peminatnya sebelum sidang media di Auditorium Kebangsaan di bandar Mexico.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia