Utusan Borneo (Sarawak)

Neymar bantu Brazil benam Colombia 1-0

-

MIAMI, Florida, Amerika Syarikat: Neymar menjaringk­an gol menerusi satu tendangan percuma pada separuh masa kedua apabila Brazil menewaskan Colombia 1-0 pada Jumaat lepas dalam perlawanan pertama sejak penyingkir­an mereka yang memalukan dari Piala Dunia di tanah air mereka sendiri pada Julai lalu.

Rekod seramai 73,429 penonton menyaksika­n perlawanan persahabat­an itu di Stadium SunLife. Ia merupa- kan penonton terbesar pernah menyaksika­n perlawanan bola sepak di venue selatan Florida tersebut.

Brazil dibelasah oleh Jerman 7-1 pada peringkat separuh akhir Piala Dunia 2014. Kekalahan besar itu berlaku satu pusingan selepas Brazil menewaskan Colombia 2-1 pada peringkat suku akhir.

Neymar menjaringk­an gol pada minit ke-83 bagi Brazil, juara Piala Dunia sebanyak kali.

Pemain tengah Juan Cuad- rado dibuang dari padang pada minit ke- 49 kerana mengasari Neymar sekali gus memaksa Colombia untuk bermain kebanyakan waktu pada babak kedua dengan kekurangan seorang pemain.

Neymar, 22, bermain dalam perlawanan­nya yang pertama sejak dilantik menjadi kapten oleh jurulatih baharu Dunga yang memilih hanya 10 sahaja daripada 23 pemain dari pasukan Piala Dunia.

Langkah untuk menjadikan Neymar sebagai kapten kelihatan membuahkan hasil kerana dia kini sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan belakang yang dia alami dalam kemenangan ke atas Colombia apabila belakangny­a diterjah dengan lutut oleh Juan Camilo Zuniga.

Neymar juga akan menjadi kapten Brazil apabila mereka menentang Ecuador dalam perlawanan persahabat­an kedua mereka pada Selasa ini. — AFP

 ??  ?? GOL:
GOL:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia