Utusan Borneo (Sarawak)

Gatlin dominasi acara pecut

Catat masa terpantas dalam larian pecut 100, 200 meter

-

BRUSSELS, Belgium: Justin Gatlin dari Amerika Syarikat ( AS) melupakan usia 32 tahun untuk mencatatka­n masa pantas dalam acara pecut berganda 100200 meter di kejohanan akhir Liga Berlian pada musim ini Jumaat lepas. Pada malam balapan dan padang yang berkualiti tinggi dan tegang dalam keadaan melengas yang sempurna di Stadium Raja Baudouin, Mutaz Essa Barshim dari Qatar kemudian memenangi acara lompat tinggi yang mengujakan dengan usaha kedua tertinggi sepanjang zaman iaitu 2.43 meter. Namun Gatlin juga yang menarik tumpuan utama apabila veteran tersebut, yang memenangi pingat emas 100 meter di Olimpik 2004 dan kejuaraan pecut dunia berganda setahun kemudian sebelum menjalani penggantun­gan pada 2006-10 kerana menyalahgu­nakan dadah, mempamerka­n dua larian menakjubka­n dalam masa sejam.

Dia mula-mula berlumba dalam acara 100 meter dan menang dalam masa terpantas semusim iaitu 9.77 saat, yang menandingi rekodnya yang menyamai rekod dunia di Qatar pada 2006 – kemudian dibatalkan kerana melanggar peraturan mengenai penyalahgu­naan dadah.

Saya memerlukan keadaan yang baik dan kami mendapatny­a. Ia adalah malam paling sempurna yang saya pernah alami sepanjang tahun, malam yang sangat

” istimewa bagi saya dan keluarga saya. Justin Gatlin Atlet pecut AS

Hanya empat sahaja lelaki yang pernah lari lebih pantas: Usain Bolt, Yohan Blake dan Asafa Powell dari Jamaica serta Tyson Gay dari AS.

Gatlin kemudian kembali ke balapan dan mencatatka­n kemenangan yang tidak dapat dipercayai dalam acara 200 meter dalam masa 19.71 saat, hanya 0.03 saat sahaja lebih perlahan berbanding masa terpantas di dunia yang dia sendiri catatkan.

“Saya memerlukan keadaan yang baik dan kami mendapatny­a,” kata Gatlin. “Ia adalah malam paling sempurna yang saya pernah alami sepanjang tahun, malam yang sangat istimewa bagi saya dan keluarga saya.”

“Dapat lari dalam acara 100 dan 200 meter selang hampir sejam atau kurang, saya mahu menguji kelasakan saya, untuk melihat apa yang saya dapat buat di bawah tekanan.”

Gatlin mengakui masanya dalam acara 100 meter sedikit ironis.

“Hampir lapan tahun kemudian, ada sedikit ironis, sedikit masam-masam manis tetapi saya gembira,” katanya.

“Saya mahu keluar dan berlari sehingga saya tidak dapat berlari lagi. Mereka harus menyimpan saya dalam botol dan meletakkan saya di atas para-para wain.”

Di atas padang, Barshim memintas juara dunia dari Ukraine Bohdan Bondarenko dalam acara lompat tinggi apabila kedua-dua atlet cuba mencipta rekod dunia dengan melompat pada ketinggian 2.46 meter di hadapan 46,000 penonton yang riuh dan berdiri.

“Sudah tentulah rekod itu dapat diatasi kerana ia telah dicipta oleh manusia. Saya cuma tidak tahu bila!” kata Barshim, 23 tahun, mengenai rekod dunia 2.45 meter yang dicipta oleh Javier Sotomayor dari Cuba pada 1993.

Rekod dunia atau Eropah juga tiada dalam acara 3000 meter lari berhalang lelaki, dan atlet kontrovers­i dari Perancis Mahiedine Mekhissi berpuas hati dengan tempat kedua di belakang pemenang pingat perak Komanwel dari Kenya Jairus Kipchoge Birech.

Mekhissi telah berikrar sebelum perlumbaan bahawa dia bersedia untuk menjadi atlet pertama yang “memecah hegemoni” yang dinikmati Kenya dalam acara yang memenatkan itu.

Namun walaupun diheret bersama di belakang pelari-pelari yang menentukan rentak, atlet kelahiran Reims itu tidak dapat menewaskan Birech, atlet tunggal di atas balapan yang berlari di bawah masa 8 minit dengan 7:58.41. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia