Utusan Borneo (Sarawak)

‘Shakes’ beri nafas baharu buat Afrika Selatan

-

JOHANNESBU­RG, Afrika Selatan: Afrika Selatan mudah mencatatka­n kemenangan 3-0 di Sudan pada Jumaat lepas apabila fasa kumpulan bagi pertanding­an kelayakan Piala Negara Afrika 2015 bermula.

Ia adalah permulaan impian bagi jurulatih baharu Ephraim ‘Shakes’ Mashaba dalam Kumpulan A apabila pasukannya yang muda dan berwajah baharu perlahanla­han menguasai permainan menentang pasukan tuan rumah yang bermain dengan buruk di Omdurman yang begitu panas.

Pemain gantian Sibusiso Vilakazi menjaringk­an dua gol dalam masa tujuh minit pada awal babak kedua di Stadium El- Merrikh dan Bongani Ndulula menambah gol ketiga yang lewat.

Ia adalah kemenangan di tempat lawan yang menyamai rekod bagi Bafana Bafana (Budak-Budak) dalam perlawanan kelayakan Piala Negara Afrika selepas mereka menewaskan Chad dengan jaringan yang sama dalam satu perlawanan penyingkir­an pada 2008.

Ia juga merupakan rekod Piala Negara Afrika bagi kekalahan di halaman sendiri dalam perlawanan kelayakan bagi pasukan ‘Jediane Falcons’ selepas sebelum ini mencatatka­n keputusan terburuk dengan kekalahan dua gol kepada Ghana (dua kali), Algeria dan Ivory Coast.

Aksi yang menarik tumpuan pada babak pembukaan yang tidak menentu di hadapan penonton yang ramai adalah tindakan akrobatik oleh penjaga gol yang juga kapten kedua- dua pasukan Moez Mahjoub dan Senzo Meyiwa.

Idrissa Sylla menjaringk­an gol penentuan apabila Guinea yang bermain dengan 10 orang menewaskan Togo 2-1 dalam perlawanan tetangga barat Afrika yang diadakan di kota Maghribi, Casablanca.

Mame Birame Diouf dan Sadio Mane menjaringk­an golgol pada separuh masa pertama untuk memberikan kemenangan 2-0 yang meyakinkan kepada Senegal ke atas Mesir di Stade Leopard Senghor yang penuh sesak di Dakar.

Juara rekod tujuh kali Mesir berharap untuk layak dari ‘kumpulan maut’, yang turut merangkumi Tunisia dan Botswana, selepas mereka gagal untuk mara ke kejohanan akhir pada 2012 atau 2013. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia