Utusan Borneo (Sarawak)

Serena, Wozniacki ke final

Mereka berdua akan berentap rebut gelaran Terbuka AS

-

NEW YORK, Amerika Syarikat ( AS): Serena Williams meluru pada kelajuan sepenuhnya ke arah kejuaraan Terbuka AS yang keenam tetapi Caroline Wozniacki tidak mahu mengalah dalam usahanya untuk memenangi mahkota Grand Slam pertama bagi dirinya.

Kedua-dua rakan karib itu bertemu pada hari ini (Ahad) dalam perlawanan akhir bagi kejohanan Grand Slam terakhir pada tahun ini.

Penyingkir­annya pada pusingan ketiga dalam acara perseorang­an di Wimbledon disusuli pengundura­n yang pelik dalam acara beregu apabila Williams kelihatan lemah dan pening-pening sebelum kakak dan rakan gandingan Venus membimbing­nya keluar dari gelanggang pada pertengaha­n perlawanan.

“Orang yang ragu-ragu sentiasa ada,” kata Williams yang berkata dia dijangkiti virus di London. “Saya benar-benar bekerja keras untuk Wimbledon. Saya kecewa dan sedih – dan terkejut – apabila saya tidak dapat menang.”

Dia adalah pemain pilihan untuk menang ke atas Wozniacki.

Keadaan itu diterima baik oleh Wozniacki.

“Saya sentiasa percaya kepada diri sendiri apabila saya keluar untuk bermain,” kata Wozniacki selepas berjaya menempah tempat dalam perlawanan akhir apabila Peng Shuai dari China menarik diri secara dramatik kerana penyakit bahang ketika ketinggala­n dalam perlawanan separuh akhir mereka.

“Saya amat percaya tidak kira siapa yang berdiri di seberang jaring, saya dapat memenangi perlawanan.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TIADA TANDINGAN: Serena meraikan kejayaanny­a menumpaska­n Makarova untuk menempah slot ke final Terbuka AS di New York.
— Gambar Reuters TIADA TANDINGAN: Serena meraikan kejayaanny­a menumpaska­n Makarova untuk menempah slot ke final Terbuka AS di New York.
 ?? — Gambar AFP ?? LATIHAN:Skuad England menjalani latihan sebagai persediaan untuk Kejohanan Eropah dengan menentang Switzerlan­d pada saingan kelayakan.
— Gambar AFP LATIHAN:Skuad England menjalani latihan sebagai persediaan untuk Kejohanan Eropah dengan menentang Switzerlan­d pada saingan kelayakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia