Utusan Borneo (Sarawak)

Perjalanan ke Kejohanan Eropah 2016 bermula

-

PARIS, Perancis: Tepat lapan minggu selepas Jerman menang ke atas Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia di Brazil, jalan ke Kejohanan Eropah 2016 bermula hari ini (Ahad).

Pusingan pertama perlawanan dalam kempen kelayakan yang akan berlangsun­g sehingga November tahun depan akan diadakan selama tiga malam, dan badan bola sepak Eropah UEFA ingin sekali memaksimum­kan pendedahan televisyen bagi negaranega­ra bola sepak utama.

Bagaimanap­un drama tidak mungkin terlalu banyak, kerana kejohanan akhir di Perancis nanti adalah yang pertama dalam sejarah pertanding­an tersebut yang merangkumi 24 negara.

Dengan dua pasukan teratas dalam setiap daripada sembilan kumpulan yang mara bersama pasukan tempat ketiga yang terbaik – pasukan-pasukan tempat ketiga lain akan merebut empat lagi tempat – peluang untuk melihat mana-mana negara utama yang tersingkir kelihatan tidak wujud sama sekali.

Perkara tersebut, digabung dengan beberapa perlawanan menentang negara-negara kecil, mendorong pengurus England Roy Hodgson untuk memberi amaran bahawa keadaan yang tidak sampai separuh penuh di Wembley, seperti ketika perlawanan persahabat­an pada pertengaha­n minggu ini menentang Norway, mungkin akan menjadi senario yang biasa.

Bagi negara lain, jalan ke Euro 2016 menandakan kelahiran era baharu, khususnya bagi Sepanyol, yang gagal teruk dalam usaha mempertaha­nkan Piala Dunia mereka tetapi kekal sebagai juara bertahan Eropah sebanyak dua kali.

“Pada masa lalu kami perlu mengurus kejayaan kami, yang juga sukar, dan sekarang kami perlu mengurus hakikat bahawa kami bermain selepas mengalami satu kekalahan, atau kami gagal untuk memenuhi jangkaan,” kata jurulatih Vicente del Bosque.

Pasukan The Oranje bermain di tempat lawan menentang Republik Czech dalam Kumpulan A pada Selasa ini manakala perlawanan kompetitif pertama Antonio Conte selaku jurulatih Itali adalah di Norway dalam Kumpulan H pada hari yang sama. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SEDAYA-UPAYA:
Atlet lompat tinggi Perancis Anany Michael sedang melakukan lompatan pada Kejohanan Liga Berlian yang berlangsun­g di Brussels.
— Gambar AFP SEDAYA-UPAYA: Atlet lompat tinggi Perancis Anany Michael sedang melakukan lompatan pada Kejohanan Liga Berlian yang berlangsun­g di Brussels.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia