Utusan Borneo (Sarawak)

SGA dapat sokongan Gillespie untuk bentuk pemain golf remaja

-

KUCHING: Persatuan Golf Sarawak ( SGA) mendapat sokongan daripada Ketua Pengajar Persatuan Golf Profesiona­l (PGA) Akademi Jelajah Shane Gillespie untuk melatih dan membentuk pemain golf remaja negeri bagi menghadapi SUKMA 2016.

Ini diumumkan oleh Presiden SGA Hoan Kee Hock semasa mengadakan mesyuarat dengan jurulatih berpangkal­an di Amerika Syarikat itu di Kelab Golf Sarawak (KGS) baru-baru ini.

“Kita sangat gembira setelah beliau (Gillespie) menyokong cadangan kita untuk menjadikan golf sebagai salah satu acara yang akan dipertandi­ngkan pada SUKMA 2016.

“Kita juga berharap kepakaran dan nasihatnya dapat membantu kita memantapka­n lagi program pembanguna­n golf remaja di sini,” katanya.

Gillespie berada di Kuching buat pertama kalinya untuk mengadakan klinik selama dua hari yang dianjurkan dengan kerjasama SGA dan KGS dipanggil ‘Pathway from junior golf to college and profession­al golf.’

SGA sebelumnya telah melobi agar golf turut dipertandi­ngkan pada SUKMA 2016 di mana Sarawak akan menjadi tuan rumah.

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem turut menyatakan sokongan dan bersetuju terhadap usul tersebut semasa majlis penutupan Kejohanan Grand Sarawak baru-baru ini.

Menurut Hoan lagi, SGA akan memuktamad­kan persediaan bagi menghadapi temasya terbesar itu termasuk pengambila­n pemain tempatan baharu sebagai jurulatih dan memanggil atlet berpotensi untuk menjalani latihan.

Sementara itu, Gillespie yang sedang mengajar Akademi Jelajah PGA di Grande Lakes di Orlando, Florida, Amerika Syarikat turut mencadangk­an agar SGA memulakan program latihan bagi menghadapi SUKMA 2016 dengan segera.

“Adalah penting bagi memastikan segala yang kita rancang dilaksanak­an dengan segera. Ini penting kerana banyak tugas yang perlu dilakukan untuk memastikan pemain remaja ini mampu memenangi pingat,” menurut bekas pengajar master di Inner Circle of Golf.

Beliau juga optimis SGA mampu memenangi pingat pada SUKMA 2016 dengan sokongan padu dari kerajaan negeri dan pemain profesiona­l tempatan.

Katanya, persatuan golf di Amerika Syarikat tidak mendapat sokongan daripada kerajaan dan SGA amat bertuah kerana mendapat sokongan padu daripada kerajaan negeri.

Antara atlet negara yang pernah dilatih Gillespie ialah Ervin Chang, 16, yang memenangi pusingan keempat Jelajah Satelit PGM di Impian Golf and Country Club, Kajang pada Mei lalu.

Pada masa yang sama, jurulatih itu turut menggalakk­an penyertaan pemain golf remaja terkemuka dari Indonesia, Singapura dan Thailand untuk menyertai Kejohanan Golf Remaja Piala Ketua Menteri Sarawak.

 ??  ?? KAMI JUARA: Kontinjen SK Nanga Engkamop merakamkan kenangan bersama para guru selepas dinobatkan juara Kejohanan Olahraga Pembanguna­n Zon Engkamop 2014 di Pakan.
KAMI JUARA: Kontinjen SK Nanga Engkamop merakamkan kenangan bersama para guru selepas dinobatkan juara Kejohanan Olahraga Pembanguna­n Zon Engkamop 2014 di Pakan.
 ??  ?? SELAMAT DATANG: KGS baru-baru ini.
Hoan menyambut kedatangan Gillespie di
SELAMAT DATANG: KGS baru-baru ini. Hoan menyambut kedatangan Gillespie di

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia