Utusan Borneo (Sarawak)

SK Abang Abdul Kadir anjur perarakan Ambang Kemerdekaa­n

-

DALAM menerapkan semangat kemerdekaa­n di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Kadir Betong telah menganjurk­an perarakan Ambang Kemerdekaa­n bagi menyerikan sambutan kemerdekaa­n di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Guru Besarnya, Abang Udai Abang Achang berkata perarakan begini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang bersempena sambutan kemerdekaa­n kali ini sebagai usaha menerapkan semangat merdeka dalam jiwa setiap pelajarnya.

“Pada setiap tahun kami akan menganjurk­an perarakan namun berbeza konsep bergantung kepada isu semasa yang sedang berlaku di sekeliling kita yang perlu menjadi ingatan dan suasananya bergantung kepada kemampuan kita untuk menganjur program.

“Dalam pada itu, kerjasama ibu bapa dalam membenarka­n anak mereka untuk menyertai aktiviti sekolah berikutan perarakan yang meliputi perjalanan mengelilin­gi bandar Betong mengundang risiko namun berkat kita mematuhi undang-undang, telah berjaya melaksanak­annya.

“Kerjasama begini amat dituntut dalam kita menyampaik­an kepada anak-anak kita tentang ilmu pengetahua­n dan memberi mereka pelbagai pengajaran tentang kehidupan dan sejarah yang harus diketahui dalam generasi ini.

“Penyampaia­n yang berkesan juga perlu agar dapat menyuburka­n semangat kemerdekaa­n ke dalam jiwa mereka.

“Pendekatan yang disampaika­n dengan melibatkan mereka dalam program yang dianjurkan juga amat perlu,” katanya yang ditemui dalam Perarakan Sambutan Ambang Kemerdekaa­n peringkat SK Abang Abdul Kadir di Betong baru-baru ini.

Dalam program tersebut hampir 300 orang telah menyertai perarakan mengelilin­gi bandar Betong yang sejauh 2.5 kilometer terdiri daripada pelajar, guru-guru, kakitangan sekolah serta ibu bapa.

Selain itu pelbagai program lain yang telah dianjurkan sebagai memberi pendedahan untuk para pelajar mempelajar­i ilmu sejarah negara.

Seterusnya, ia juga sebagai menghargai sumbangan dalam membentuk masyarakat yang bertamadun dan memperinga­ti hari kemerdekaa­n negara.

 ??  ?? MERIAH: Pelbagai gelagat murid-murid yang menyertai Perarakan Sambutan Ambang Kemerdekaa­n peringkat Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Kadir di Betong baru-baru ini.
MERIAH: Pelbagai gelagat murid-murid yang menyertai Perarakan Sambutan Ambang Kemerdekaa­n peringkat Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Kadir di Betong baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia