Utusan Borneo (Sarawak)

Buat filem tentang skandal penggodama­n telefon

-

BINTANG mega Hollywood George Clooney barubaru ini dilaporkan akan mengarah sebuah filem mengenai skandal penggodama­n telefon di Britain.

‘Hack Attack’ dibuat berdasarka­n buku dengan tajuk yang sama oleh wartawan akhbar Guardian, Nick Davies, tentang skandal penggodama­n yang menyelubun­gi empayar berita Rupert Murdoch sehingga membawa kepada penutupan akhbar mingguanny­a News of the World.

“Ini memiliki semua unsur – pembohonga­n, rasuah, peras ugut – pada peringkat tertinggi kerajaan oleh akhbar terbesar di London,” kata Clooney dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh Sony Pictures.

“Hakikat bahawa ia benar adalah bahagian terbaik. Nick adalah seorang pemberita yang berani dan degil dan kami menganggap ia sebagai satu penghormat­an untuk mengadapta­sikan bukunya kepada filem,” tambahnya.

Michael De Luca dari Columbia Pictures menambah, “Sebagai anak seorang wartawan, George memiliki minat yang tajam kepada peranan yang dimainkan oleh kewartawan­an dalam semua kehidupann­ya.

“Dengan ‘Hack Attack’, George akan meneroka sisi gelap dunia itu, satu urusan di mana semua peraturan kewartawan­an dilanggar dalam persaingan untuk mendapatka­n habuan yang mudah jauh lebih lumayan,” tambahnya.

Penggambar­an filem baharu itu akan bermula pada tahun depan, kata Sony. Tarikh tayangan belum lagi ditetapkan.

Davies menghabisk­an masa selama enam tahun untuk menyiasat News Corporatio­n serta subsidiari­nya News Internatio­nal dan merumuskan mereka sama seperti dunia di mana “segalanya adalah untuk dijual. Tiada yang terkecuali”.

Perbicaraa­n penggodama­n telefon berkenaan merupakan antara yang termahal dalam sejarah perundanga­n England, yang menarik tumpuan kepada hubungan erat di antara empayar Murdoch dan ahli-ahli politik dengan kaedah media tabloid Britain yang tiada batasan langsung.

Mereka yang terjejas termasuk Kate Middleton ketika itu, yang kini sudah mendirikan rumah tangga dengan Putera William, bintang James Bond, Daniel Craig dan pelakon Jude Law.

Murdoch menutup akhbar News of the World pada tahun 2011 selepas akhbar paling laris di Britain ketika itu didapati melanggar undangunda­ng apabila ia mengakses peti suara telefon bimbit seorang gadis sekolah yang mati dibunuh.

Pada Julai tahun ini, pendakwa raya mengumumka­n pertuduhan terhadap Neil Wallis, bekas timbalan pengarang akhbar tersebut, dan bekas pengarang rencana Jules Stenson.

Pengumuman berkenaan dibuat tiga minggu selepas bekas pengarah News of the World dan ketua komunikasi Downing Street Andy Coulson dipenjara selama 18 bulan selepas perbicaraa­n penggodama­n telefon yang lama.

Seorang lagi bekas pengarang tabloid terbabit, Rebekah Brooks dilepaskan dari semua pertuduhan, bersama suaminya dan tiga orang lain.

Clooney, pemenang anugerah Oscar sebanyak dua kali, paling terkenal bagi watak-watak daripada ‘Ocean’s Eleven’ pada 2001 dan sekuelnya hingga kepada ‘Gravity’ yang memenangi Oscar pada tahun lepas.

Namun sejak sedekad lalu, pelakon pujaan ramai itu sudah beralih ke belakang kamera untuk mengarah beberapa buah filem termasuk ‘Good Night, and Good Luck’ pada 2005, ‘The Ides of March’ pada 2011 dan ‘The Monuments Men’ pada tahun ini.

Clooney juga akan bertindak sebagai penerbit bersama bagi ‘Hack Attack’, dengan Grant Heslov yang sudah bekerja bersamanya dalam beberapa filem sebelum ini menerusi syarikat penerbitan mereka Smokehouse Pictures. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia