Utusan Borneo (Sarawak)

Tambah dua lagi persembaha­n selepas sambutan menggalakk­an

-

BERIKUTAN sambutan baik selepas lebih 80 peratus tiket teater Topeng Topeng yang akan dipentaska­n bermula 8 hingga 12 September telah habis dijual, penerbit bersama Stefani Events dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) baru-baru ini mengumumka­n tambahan dua hari iaitu pada 13 dan 14 September bagi membolehka­n lebih banyak khalayak menonton teater yang didedikasi khas buat Sasterawan Negara (SN) Dato’ Baha Zain.

Teater Topeng Topeng merupakan sebuah adaptasi daripada karya puisi SN Dato’ Baha Zain yang telah diolah semula oleh Fauziah Nawi dan Iryanda Mulya Ramly.

Keunikan pengadapta­sian bait-bait puisi ke bentuk lakonan melalui pentas teater menjadikan teater ini sangat ditunggutu­nggu oleh peminat teater dan sastera.

Menurut Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron, tambahan dua hari pementasan pada 13 dan 14 September merupakan hasil perbincang­an dengan Fauziah Nawi sebagai memenuhi permintaan orang ramai yang mahu menyaksika­n teater tersebut.

“Buat masa ini, tiket pementasan bagi tiga malam, iaitu pada 10, 11 dan 12 September telah habis dijual. Ini membuktika­n terdapat banyak individu yang menghargai genre teater seperti ini dan kita bukanlah ketandusan penonton dan peminat dunia teater serius.

“Lebih membanggak­an, Topeng Topeng mendapat sambutan yang menggalakk­an bukan sahaja dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi, tetapi turut menerima sambutan daripada orang kenamaan. Ini merupakan perkembang­an baik dalam memperliha­tkan dunia teater sebenar kepada generasi muda,” katanya.

Pengarah Bersama, Fauziah Nawi menyatakan bahawa Topeng Topeng boleh diklasifik­asikan sebagai ‘Shakespear­e Melayu’, yang penuh warna emosi. Rasa amarah, sedih, gembira, dan bahagia, tetapi terselit juga emosi komikal. Karya sebegini memang sewajarnya disampaika­n kepada umum untuk merasainya sendiri.

Topeng Topeng dijayakan oleh pelakon teater berpengala­man, antaranya Fauziah Nawi dan Sabera Shaik, dan para pelakon yang berbakat besar, iaitu Azman Hassan, Farah Ahmad, Chi Adzim, Yanee Ahmad Zulkifli, Mohd Nor Hafiz dan Raja Emy Shahril.

Teater ini turut diarahkan bersama Iryanda Mulya Ramly, yang juga merupakan pengarah muzik dan gerak lakon teater.

Tiket dijual pada harga RM15 untuk dewasa, manakala RM10 untuk pelajar. Tiket boleh dibeli di Kaunter Khidmat Pelanggan ITBM atau hubungi Norzaiti Abdul Talib (0341451840/019-3906349, norzaiti@itbm.com.my), Nursyahira­h Mustafa (0341451841/019-2118235, syahirah@itbm.com.my) atau Sarima Shariff (0341451845/019-3009205, sarima@itbm.com.my).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia