Utusan Borneo (Sarawak)

Elaun guru tidak seimbang

K’jaan disaran selaraskan EPW Sabah dengan Semenanjun­g

-

KOTA KINABALU: Kerajaan disaran supaya mengambil langkah segera menyelaras­kan kadar elaun perumahan guru-guru di Sabah dan Semenanjun­g kerana jurang perbezaan yang terlalu besar.

Presiden Kesatuan Guru Kerajaan Sabah ( KGKS), Hussin Basir, ketika membuat saranan itu berkata masalah kadar elaun perumahan itu sudah berlarutan terlalu lama dan isu ini sudah ditimbulka­n sejak sekian lama tanpa ada penyelesai­an konkrit.

Hussin berharap masalah kadar elaun perumahan yang berbeza ini dapat ditangani dengan baik dan kerajaan digesa supaya memasukkan perkara ini dalam Bajet 2015 yang akan dibentangk­an Oktober ini.

Menurutnya, Kadar Elaun Perumahan Wilayah (EPW) Guru Sabah Bukan Siswazah Gred DG38 ke bawah adalah RM180 berbanding dengan elaun guru Semenanjun­g iaitu RM780.

Manakala bagi guru Sabah Gred DG41 layak menerima RM250 berbanding guru Semenanjun­g RM830.

“Jurang ini terlalu besar dan perlu diselarask­an dan diseragamk­an,” katanya.

“Kita minta perkara ini disegeraka­n dalam pembentang­an Bajet 2015,” katanya.

Katanya, guru-guru Sabah dan Sarawak yang ditukar ke negeri-negeri di Semenanjun­g mengeluark­an lebih banyak belanja berbanding guru-guru Semenanjun­g yang ditukarkan ke Sabah.

Beliau berkata, kadar elaun perumahan yang tidak seragam di mana guru-guru dari Semenaung menerima lebih banyak imbuhan berbanding guru-guru dari Sabah yang ditukar ke Semenanjun­g perlu diselesaik­an segera.

Kerajaan diminta mengkaji dan meragamkan semula kadar elaun perumahan wilayah (EPW) yang diterima oleh guru- guru di seluruh negara.

Katanya, perbezaan kadar elaun itu mendatangk­an rasa tidak puas hati di kalangan guru di negeri ini kerana kemudahan yang diberikan tidak setimpal dan selaras.

Beliau berharap agar masalah elaun perumahan wilayah itu diberikan perhatian dan ditangani segera untuk meningkatk­an mutu kecemerlan­gan pendidikan di negara ini.

 ??  ?? TUMPAS AKHIRNYA: Chandra (dua kiri) serta anggota polis yang lain menunjukka­n barangan curi serta alat yang digunakan untuk melakukan jenayah.
TUMPAS AKHIRNYA: Chandra (dua kiri) serta anggota polis yang lain menunjukka­n barangan curi serta alat yang digunakan untuk melakukan jenayah.
 ??  ?? DORONGAN: Mohd Arifin dan guru-guru bersama calon-calon UPSR SK Bandau menunjukka­n isyarat ‘bagus’ sempena lawatan itu.
DORONGAN: Mohd Arifin dan guru-guru bersama calon-calon UPSR SK Bandau menunjukka­n isyarat ‘bagus’ sempena lawatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia