Utusan Borneo (Sarawak)

Beri tumpuan pembinaan sahsiah diri dalam lahirkan masyarakat seimbang

-

PUTATAN: Tumpuan harus diberi kepada pembinaan sahsiah diri seorang kanak-kanak dari segi fizikal, emosi, rohani dan kemahiran menyesuaik­an diri dalam masyarakat bagi melahirkan masyarakat yang seimbang seperti dihasratka­n melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, dalam melahirkan masyarakat yang harmoni dan seimbang, tumpuan tidak harus diberi kepada komponen bahasa dan komunikasi serta perkembang­an kognitif semata- mata sebaliknya turut memberi tumpuan kepada pembinaan diri kanak-kanak.

Katanya, ke arah melahirkan kanak- kanak yang cemerlang, ibu bapa harus memainkan peranan di rumah untuk memastikan proses pembelajar­an anak- anak terus berkembang.

KEMAS sebagai institusi bertanggun­gjawab dalam menyediaka­n kemudahan pendidikan dan bimbingan kepada kanak-kanak pula dilihat dapat membantu dalam melahirkan kanak- kanak yang tidak hanya cemerlang dalam akademik tetapi juga, mampu membawa dan menyesuaik­an diri dengan persekitar­an.

Beliau berkata, KEMAS bukan lagi bertindak sebagai entiti yang membangun dan memajukan masyarakat di luar bandar tetapi juga di bandar. Kini, taska dan tabika KEMAS juga dapat dilihat di bandar.

“KEMAS kini sudah wujud di mana-mana. Perkembang­an ini adalah sesuatu yang positif dan perlu diteruskan. Ini adalah perjuangan yang kekal relevan dalam masyarakat seiring dengan arus perubahan dan kehendak semasa,” katanya semasa Majlis Penutupan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika KEMAS peringkat Zon 2, 2014.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kawasan N.18 Petagas Ali Hussin Sharin.

Yahya berkata, pengiktira­fan yang diberi melalui penyerahan anugerah khas kepada guru dan kanak-kanak Tabika terpilih yang dibuat KEMAS itu dilihat satu usaha yang baik dan harus diteruskan.

“Usaha ini wajar dicontohi oleh pihak di luar sana kerana penganuger­ahan seumpama ini akan mampu menarik lebih ramai ibu bapa untuk menghantar anak- anak mereka untuk belajar di tabika atau taska KEMAS,” katanya.

 ??  ?? MODAL INSAN: Ali (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang kanak-kanak Tabika KEMAS Penampang yang memperoleh keputusan cemerlang. Turut kelihatan Pengarah KEMAS Negeri Sabah, Zamri Muhamad (dua kiri).
MODAL INSAN: Ali (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang kanak-kanak Tabika KEMAS Penampang yang memperoleh keputusan cemerlang. Turut kelihatan Pengarah KEMAS Negeri Sabah, Zamri Muhamad (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia