Utusan Borneo (Sarawak)

Duo cipta sejarah tunggang motosikal keliling Sabah dua hari

-

TAWAU: Dua peminat motosikal berkuasa tinggi berjaya mencapai impian mereka untuk memecahkan rekod menunggang ‘motosikal kecil’ mengelilin­gi Sabah selama dua hari.

Kejayaan itu dilakar oleh Jainal Hending, 46, dan Malinda Nataniel, 42, menerusi konvoi 1Sabah Duo Merdeka Ride yang bermula pada 31 Ogos dan berakhir pada 1 September.

Jainal berkata perjalanan mereka berdua membabitka­n jarak sejauh 1,525 km dan melibatkan sebanyak 18 pusat perhentian untuk mengisi minyak motosikal.

Perjalanan mereka pada hari pertama sepanjang 823 km dari Tawau melalui beberapa kawasan seperti Kalabakan, Keningau, Tenom, Sipitang, Kota Kinabalu dan Kudat.

Hari kedua pula membabitka­n perjalanan sejauh 702 km dari Kudat, Kota Marudu, Pitas Check Point Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna sebelum tiba di Tawau semula.

“Pada hari pertama kami bertolak jam 5 pagi dari Tawau dan tiba jam 5.45 petang di Kudat, manakala hari kedua kami bertolak jam 6 pagi dan tiba di Tawau jam 4.15 petang.

“Sepanjang perjalanan juga kami tidak berhadapan dengan sebarang masalah kerana keadaan cuaca yang elok dan motosikal kami juga dalam keadaan baik,” katanya.

Menurut Malinda, hasrat itu tercetus kerana hendak mencuba sesuatu yang baharu iaitu berkonvoi menggunaka­n motosikal berkuasa lebih rendah berbanding kebiasaann­ya.

“Sebelum ini kami berdua sudah biasa berkonvoi menunggang motosikal berkuasa tinggi tetapi kali ini kami mencuba pula motosikal 135 cc (Yamaha LC).

“Kami bersyukur berjaya membuktika­n tidak semestinya hanya dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi baharulah kita dapat ‘berjalan jauh’,” katanya di sini kelmarin.

Wanita ini berkata konvoi duo itu diadakan bertujuan untuk menonjolka­n rasa erti kasih sayang mereka kepada negara atas nikmat Kemerdekaa­n yang dikecapi.

 ??  ?? YAKIN BOLEH: Jainal dan Malinda mencipta sejarah sebagai penunggang motosikal berkuasa rendah (135 cc) mengelilin­gi Sabah selama dua hari.
YAKIN BOLEH: Jainal dan Malinda mencipta sejarah sebagai penunggang motosikal berkuasa rendah (135 cc) mengelilin­gi Sabah selama dua hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia