Utusan Borneo (Sarawak)

Geng Jamil aktif dalam enam kes pecah rumah tumpas

-

KOTA KINABALU: Polis berjaya menumpaska­n Geng Jamil yang bergiat aktif dalam enam kes pecah rumah di sekitar bandar raya Kota Kinabalu dari Mei hingga Ogos tahun ini.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asistan Komisioner M Chandra berkata jumlah kerugian dalam kesemua kes pecah rumah itu dianggarka­n sebanyak RM300,000.

Katanya, seramai tujuh suspek dalam geng itu telah ditangkap dalam satu serbuan yang dilakukan di pusat rekreasi Alamesra pada 28 Ogos lepas.

“Siasatan yang dilakukan menunjukka­n kesemua suspek terlibat dalam enam kes pecah rumah di antara bulan Mei sehingga Ogos tahun ini.

“Kes pertama yang dilaporkan adalah berlaku pada tiga Mei lalu di Taman Nelly Luyang dengan kerugian RM16,000.

“Hari keesokanny­a ( 4 Ogos), para suspek sekali lagi melakukan jenayah itu di Taman Fajar Kolombong dengan jumlah kecurian lebih kurang RM70,000 yang terdiri daripada barangan kemas dan barangan peribadi lain,” katanya dalam sidang media di sini kelmarin.

Beliau berkata pada bulan Jun, para suspek terlibat dalam satu kes mencuri kenderaan jenis Proton Saga di Rumah Murah Kepayan dan pada 14 Jun pula geng itu turut melakukan kes pecah rumah di Luyang dan nilai kerugian dalam kes itu berjumlah ham- pir RM100,000.

Menurutnya, kes kelima dan keenam berlaku pada Ogos dengan suspek melakukan jenayah yang sama terhadap dua buah rumah di sekitar Kota Kinabalu dengan kerugian dianggarka­n RM75,000.

“Serbuan dan tangkapan yang dilakukan polis berjaya mendapatka­n sejumlah barangan curi berjumlah hampir RM40,000 , Proton Saga dan beberapa barangan curi yang lain,” katanya.

Katanya, para suspek termasuk ketuanya berumur di antara 18 hingga 35 tahun ditangkap dan disiasat berdasarka­n Seksyen 457 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan mencuri kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia