Utusan Borneo (Sarawak)

Gempa kecil berpusat di Kunak tidak jejas aktiviti harian penduduk

-

LAHAD DATU: Satu gempa bumi kecil berskala 4.0 ritcher yang berpusat di Kunak turut dirasai gegarannya di daerah ini, namun tidak menyebabka­n sebarang kerosakan atau menjejaska­n aktiviti harian penduduk di sini, kelmarin.

Dari tinjauan awam seorang peniaga sayur berkata, dia merasai ada gegaran ketika dia sedang duduk di meja jualannya.

“Saya ketika itu beranggapa­n ada orang lain yang turut duduk bersama saya di meja itu... tapi bila mendapati tiada sesiapa pun di dekat saya, barulah saya sedar, itu memang gegaran semula jadi,” katanya.

Seorang pemandu, James Thomas, yang sedang menikmati sarapan paginya di sebuah restoran di Fajar turut merasai gegaran gempa bumi.

“Saya berasakan meja saya bergegar dan air teh di cawan saya kelihatan berkocak. Selepas itu, saya bertanya kepada orang di sebelah saya tentang gegaran itu dan dia pun merasainya... mujurlah sekejap saja,” katanya.

Seorang suri rumah Kunang Pusan berkata, dia tidak merasakan sebarang gegaran mungkin kerana pada ketika gegaran itu berlaku dia sedang berada di halaman rumahnya.

“Saya tidak berasakan sebarang gegaran mungkin kerana saya sedang leka menanam bunga di halaman rumah saya.

“Saya hanya ketahui kejadian ini bila rakan-rakan saya di ‘group WhatsApp’ berkongsi kisah gegaran itu kepada mereka,” katanya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu ketika dihubungi berkata tidak ada sebarang panggilan diterima daripada orang ramai mengenainy­a atau laporan kerosakan kesan gegaran itu.

Di Kunak, Ketua Polis Daerah Kunak, Supritenda­n M Radzali Mahmud berkata, beliau berada di pejabatnya ketika kejadian berlaku.

“Gegaran berlaku lepas jam 9 pagi dan tiba-tiba saya berasakan diri saya bergegar. Ia hanya gegaran selama dua hingga tiga saat sahaja dan syukur ia hanyalah gegaran kecil,” katanya.

Jabatan Meteorolog­i dalam satu kenyataan, menyatakan pusat gegaran gempa itu terletak di 4.6 darjah Utara dan 118.3 darjah Timur, iaitu 11 kilometer Selatan dari Kunak.

Gegaran yang berlaku pada jam 9.15 pagi itu turut dirasai sehingga Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia