Utusan Borneo (Sarawak)

Insentif galakan RM500 menanti anakanak Membakut cemerlang UPSR 2014

-

MEMBAKUT: Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mengumumka­n insentif galakan RM500 kepada pelajar di daerah ini yang mendapat pencapaian cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

Mengumumka­n perkara itu Datuk Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, pemberian RM500 ini adalah sebagai suntikan dan dorongan kepada pelajar untuk berusaha lebih gigih dalam mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR pada tahun ini.

“Dan apa yang kita harapharap­kan agar daerah ini akan dapat mencatat pencapaian keputusan lebih baik berbanding pada tahun-tahun yang sudah,” katanya ketika mengadakan lawatan ke beberapa buah sekolah rendah di daerah ini pada Selasa lalu.

Antara sekolah rendah yang dilawati iaitu Sekolah Kebangsaan ( SK) Pekan Membakut, SK Pheyen (Sekolah China), SK St. Patrick, SK. Bandau, SK. Kg Brunei, SK. Saga-Saga Pimping, SK Binsulok, dan SK. Lumat.

Pada lawatan itu, Mohd Arifin turut menyampaik­an sumbangan alat tulis kepada para pelajar yang bakal menduduki UPSR 2014 di sekolah-sekolah terbabit.

Seramai 300 murid dari sekolah-sekolah rendah di daerah ini akan menduduki UPSR serentak bersamasam­a dengan 473,175 calon yang telah mendaftar untuk menduduki peperiksaa­n yang akan bermula dari 9 hingga 11 September ini di seluruh negara.

Mohd. Arifin dalam pada itu berharap calon UPSR di daerah ini sudah bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaa­n berkenaan dan menanamkan semangat ‘yakin boleh’ dalam meraih kecemerlan­gan dalam UPSR pada tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia