Utusan Borneo (Sarawak)

PM Australia tiba untuk lawatan rasmi sehari di Malaysia

-

SEPANG: Perdana Menteri Australia Tony Abbott tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi sehari di Malaysia bagi membincang­kan kerjasama dua hala dengan fokus utama berkaitan tragedi yang menimpa dua penerbanga­n Malaysia Airlines baru-baru ini.

Abbott tiba dengan pesawat khas Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL ( KLIA) pada jam 6.40 pagi dan disambut oleh Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau di Malaysia selepas dilantik sebagai perdana menteri pada 18 Sept tahun lepas untuk memperkuku­h hubungan dua hala.

Abbott dijadual mengadakan pertemuan tertu- tup dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disusuli mesyuarat delegasi dua hala bagi menilai perkembang­an kerjasama dalam pelbagai bidang kepentinga­n bersama.

Upacara sambutan meraikan ketibaan Abbott akan diadakan di Dataran Perdana Putrajaya.

Beliau juga dijadual menghadiri majlis rasmi jamuan tengah hari di kediaman perdana menteri di Seri Perdana, juga di Putrajaya.

Menurut Wisma Putra, agenda utama perbincang­an pemimpin kedua-dua negara itu adalah mengenai status kerjasama berhubung insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, 17 Julai lepas.

Kedua- dua perdana menteri juga dijadual ber- temu dengan anggota pasukan dari Malaysia yang terbabit dalam operasi pencarian MH370 dan MH17 untuk merakamkan penghargaa­n terhadap usaha yang mereka laksanakan.

Penerbanga­n MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran telah dilakukan di selatan Lautan Hindi di mana penerbanga­n pesawat itu dipercayai berakhir.

Usaha baharu pencarian telah dilakukan untuk mengesan pesawat itu apabila kerajaan Malaysia dan Australia menandatan­gani memorandum persefaham­an bulan lepas.

Pesawat penerbanga­n MH17 pula terhempas di timur Ukraine ketika dalam penerbanga­n dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak berkenaan.

Rakyat Malaysia, melibatkan penumpang dan anak kapal, serta warga Australia dan beberapa negara lain berada dalam kedua- dua penerbanga­n itu.

Sejak pemeteraia­n hubungan diplomatik antara Malaysia dan Australia pada 1957, kedua- dua negara menjalin hubungan yang sangat akrab dan bertenaga dan dipertingk­atkan menerusi kerjasama substantif terutama dalam bidang perdaganga­n dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, keselamata­n serta hubungan antara rakyat kedua- dua negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AKRAB: Najib bersama rakan sejawatnya Abbott selepas sidang media bersama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Australia itu ke Malaysia ketika di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama AKRAB: Najib bersama rakan sejawatnya Abbott selepas sidang media bersama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Australia itu ke Malaysia ketika di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia