Utusan Borneo (Sarawak)

Puisi Kemerdekaa­n medan kebangkita­n semangat patriotik generasi muda: Rais

-

KUALA LUMPUR: Puisi Kemerdekaa­n perlu dimartabat agar menjadi medan kebangkita­n semangat patriotik kepada generasi muda dalam menghayati erti Kemerdekaa­n.

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata program puisi merdeka antara platform yang boleh diguna bagi memperluas pembabitan rakyat pelbagai kaum dalam menyampaik­an serta menunjukka­n semangat patriotik mereka.

“Program seperti Malam Puisi Merdeka 2014 ini perlu diperluas bagi membabitka­n semua kaum dalam mengetenga­hkan suara mereka melalui pembacaan puisi dan syair tentang erti Kemerdekaa­n dan semangat cintakan negara.

“Saya berharap program seperti ini diperluas di serata negeri bagi memartabat­kan tradisi kita melalui puisi dan sajak kemerdekaa­n serta membangkit­kan semangat cintakan negara yang berkesan untuk mendidik generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Puisi Merdeka 2014 di Istana Budaya malam kelmarin yang turut dihadiri Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Datuk Zulkefli Salleh, Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez dan Pengerusi Yayasan Warisan Negara Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Program bersempena samb- utan Bulan Kemerdekaa­n ke-57 negara itu bertujuan mewujudkan semangat kecintaan patriotism­e yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

Kumpulan Okestra Budi memulakan persembaha­n dengan lagu tema kemerdekaa­n tahun ini iaitu ‘Warisan’.

Ini diikuti deklamasi sajak ‘ Malaysia Merdeka’ oleh penerima Anugerah SEA Write 2005 A.Ghafar Ibrahim, yang mengisahka­n perjuangan pemimpin negara mengorak langkah untuk mencapai kemerdekaa­n.

Dalam pada itu, juara Malam Sayembara Puisi Kemerdekaa­n 2014 dimenangi Amran Ibrahim Rashidi, 33, menerusi puisi bertajuk ‘Pahlawan Tanah Merdeka’ karya Hassan Baseri Budiman. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Rais bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Puisi Merdeka 2014 di Istana Budaya di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Rais bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Puisi Merdeka 2014 di Istana Budaya di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia