Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak akan tarik kebebasan bersuara di media sosial: Najib

-

JERLUN: Kerajaan tidak akan menarik kebebasan bersuara di media sosial tetapi mahu kebebasan itu dilakukan dengan prinsip kebertangg­ungjawaban, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan mengamalka­n sikap keterbukaa­n tetapi menjadi tanggungja­wab rakyat terutama generasi muda atau Gen Y supaya mengetahui bahawa setiap kebebasan itu ada batasnya.

“Saya nak beri amaran, sesiapa cuba menggugat keamanan, undang- undang sedia ada akan digu- nakan. Perkara ini memang dikuatkuas­akan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini kelmarin.

Katanya Akta Hasutan akan dimansuhka­n dan digantikan dengan Akta Keharmonia­n tetapi perkara berkaitan agama dan bangsa tidak akan diabaikan.

Najib berkata kerajaan tidak akan membenarka­n kebebasan yang tidak diikuti prinsip kebertangg­ungjawaban terutama dalam soal agama Islam, agama lain serta hak keistimewa­an Melayu serta raja-raja Melayu.

“Kita mesti pertahanka­n... bukan kata ada (undang-undang) yang baharu ini, semua kita ketepikan...tetapi kita akan masukkan peruntukan-peruntukan yang lebih sesuai,” katanya.

Perdana Menteri berkata walaupun diberikan kebebasan dan keterbukaa­n, beliau berharap tidak berlaku kes- kes ekstrem kerana dalam melakukan apa sahaja tindakan perlu ada pertimbang­an yang matang.

“Mesti ada batasan...prinsip ‘accountabi­lity’ (keber- tanggungja­waban) inilah yang kita mesti cari satu formula di mana kita beri ruang untuk bersuara termasuk menegur pemimpin tetapi di samping itu ada batas-batas, jangan sampai merosakkan keamanan dan keharmonia­n negara kita,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Najib berkata dalam melaksanak­an perkara yang baharu termasuk undang- undang serta tindakan yang bersifat terbuka, pihaknya mengambil kira banyak pandangan sebelum melaksanak­annya.

“Kita bincang dan minta pandangan termasuk daripada ahli MT (Majlis Tertinggi UMNO), parti komponen, orang awam pelbagai bangsa. Kita tak pakai (pendapat) Bar council sahaja.

“Kita cari konsensus nasional...kalau dapat konsensus nasional barulah kita buat keputusan. Orang kata lama sangat tapi bagi saya biar lama asalkan selamat.

Inilah cara kita mentadbir negara...langkah ke hadapan,” katanya.

Perdana Menteri berkata sebagai pemimpin, beliau senang hati apabila ada pen- dapatd iberikank epadanya.

“Saya ditegur tak apa... asalkan teguran dibuat tak jejaskan kepentinga­n parti, negara. Kita boleh betulkan keadaan ini. Sebab tak ada manusia atau pemimpin yang tak ada kelemahan, kesilapan. Kerajaan tidak ada monopoli atas kebijaksan­aan... era itu dah habis, kita kongsi pendapat,” katanya.

Najib berkata pelbagai isu yang melanda negara mutakhir ini merupakan ujian Allah SWT kepada negara ini bagi melakukan yang lebih baik pada masa hadapan. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia