Utusan Borneo (Sarawak)

Hargai usaha kepimpinan negara

Pencapaian M’sia ketika ini tidak dinikmati tanpa usaha gigih pemimpin

-

MUAR: Semua pihak termasuk pembangkan­g perlu mengakui bahawa kepimpinan negara telah berjaya meletakkan Malaysia dalam kalangan negara maju di rantau ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata status negara yang maju dan pesat membangun dikecapi ketika ini bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya negara tidak diuruskan dengan baik.

“Kalau Malaysia tidak diuruskan dengan sempurna, masalah ekonomi akan menjadi runcing, rakyat menganggur, peluang pekerjaan tiada. Siapa yang akan dipersalah­kan? Kerajaan juga yang akan dipersalah­kan.

“Hari ini Malaysia tidak seperti itu. Tidak sahaja kita ( pemimpin) uruskan, kita juga beri yang perlu.

“Kita tidak minta pujian tetapi bagilah ‘credit’ (penghargaa­n terhadap usaha kerajaan). Pembangkan­g kena iktiraf,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar dekat sini, semalam. Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abd Rahman.

Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata mengikut penganalis­is, Malaysia dilihat mampu mencapai taraf negara maju lebih awal iaitu pada 2018 daripada sasaran 2020.

“Bagi ‘ credit’ ( penghargaa­n) bagi pihak yang berupaya untuk selesaikan masalah ekonomi. Berikan penghargaa­n sepatutnya,” kata beliau.

Bagaimanap­un, beliau berkata kerajaan tidak terlalu ghairah dalam mengejar status negara maju sehinggaka­n ada golongan masyarakat yang tertinggal daripada arus pembanguna­n.

“Dalam tempoh lima ta- hun akan datang, strategi kita (kerajaan) adalah untuk mengurangk­an perbezaan dan jurang antara kaum dari segi pendapatan supaya tiada yang rasa tertinggal,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Menyentuh tentang perjuangan orang Melayu sebagai anggota UMNO, beliau berkata orang Melayu tidak pernah dipaksa untuk menjadi anggota UMNO, malah diberi pilihan untuk berbuat demikian.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata bagaimanap­un, bila sudah menjadi anggota UMNO, ia adalah satu amanah dan tanggungja­wab berat untuk mem- perjuangka­n nasib bangsa.

Anggota UMNO bukan sahaja perlu bersikap jujur dan amanah tetapi berusaha lebih gigih lagi untuk memperjuan­gkan dan menyelesai­kan permasalah­an rakyat umumnya, katanya.

“Sekarang ini nasib bangsa sudah terbela, tetapi belum sepenuhnya, masih ada yang kurang. Masih ada yang miskin, tiada pendapatan tetap, ilmu kemahiran tidak cukup, rumah tak sempurna, makan tak sempurna.

“Selagi hayat dikandung badan, perjuangan takkan selesai,” kata Muhyiddin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia