Utusan Borneo (Sarawak)

Merdeka57 catat 1.4 bilion ‘Twitter impression­s’ di laman sosial

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata #Merdeka57 mencatatka­n hampir 1.4 bilion ‘Twitter impression­s’ dalam talian terutamany­a di laman sosial sejak 19 Ogos hingga kini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata jumlah terbabit menunjukka­n kesatuan hati dan tekad rakyat Malaysia dalam meraikan Hari Kemerdekaa­n ke-57 tahun ini.

“Ini menunjukka­n rakyat Malaysia menerima kemerdekaa­n sebagai sesuatu yang mesti diraikan bersama. Ia tidak dilihat dari sudut politik sempit atau kepartian.

“Saya juga lihat mereka yang mengambil bahagian dalam Tweet terdiri daripada pelbagai parti, ideologi dan kaum...ini satu perkara yang menarik,” katanya kepada pemberita selepas program Bicara Pemimpin Sempena Minggu Haluansisw­a Universiti Malaya (UM) di sini kelmarin.

‘ Twitter impression­s’ merujuk kepada ‘ Tweet’ yang menggunaka­n hashtag berkenaan yang menjana interaksi, perkongsia­n dan balasan daripada orang lain dalam talian.

Tujuan # atau hashtag diletak di awal perkataan adalah bagi memudahkan carian semula sesuatu perkara yang di’Tweet’.

Kira-kira 3,000 mahasiswa baharu UM menghadiri program yang menampilka­n tokoh negara untuk menyuntik semangat dan dorongan dalam menghadapi alam pengajian baharu.

Dalam ucapannya, Ahmad Shabery yang juga alumni dan Menteri Mentor UM menggesa mahasiswa universiti itu supaya menyemarak­kan semangat positif dalam diri dan orang sekeliling mereka.

“Untuk menjadi orang yang positif anda semua mesti berfikir sebelum bercakap, keep an open mind iaitu jangan cepat membuat kesimpulan, bercakap menggunaka­n bahasa yang menenangka­n hati serta hormat perasaan orang lain...barulah orang hormat kepada kita,” katanya.

Beliau turut mengajak pelajar universiti untuk mendaftar sebagai Sukarelawa­n Merdeka 2015 bagi menyemarak­kan lagi sambutan Kemerdekaa­n tahun depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia