Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan Yamaha duduki tempat pertama di S’wak

Pencapaian untuk empat bulan berturut hasil kegigihan untuk nikmati semula kejayaan pada 1990-an

- Oleh Hamimi Kassim

KUCHING: Hong Leong Yamaha Motor (Yamaha) semalam mengumumka­n pencapaian terbaharun­ya apabila berjaya menduduki tempat pertama bagi jualan motosikal di Sarawak untuk tempoh empat bulan berturut-turut sejak Mei hingga Ogos 2014.

Pengurus Cawangan Timur Malaysia, Brandon Yau Ze Thien berkata, kejayaan tersebut dipengaruh­i oleh empat faktor utama iaitu kualiti, reka bentuk, strategi pemasaran dan sokongan penjual yang berkesan.

“Kita pernah mengunggul­i jualan motosikal pada tahun 90-an dahulu dan disebabkan persaingan sengit dalam pasaran motosikal di negara ini sukar untuk kita mengekalka­nnya.

“Justeru, kita telah memperbaik­i kelemahan dan memperting­katkan usaha iaitu menekankan kepada empat usaha iaitu memastikan kualiti dan reka bentuk motosikal kita memenuhi cita rasa pengguna serta melakukan strategi pemasaran dengan lebih berkesan dan memperkuku­hkan hubungan dengan penjual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Hari Pelanggan Yamaha di Ho Hin Motors Sdn Bhd di Lot 8183 & 8184, Jalan Pending di sini, semalam.

Brandon menambah, penganjura­n Hari Pelanggan itu termasuk dalam strategi pemasaran yang menjadi faktor penyumbang kepada kejayaan tersebut.

“Sejak diadakan pada tahun 2008, Hari Pelanggan yang diadakan secara tahunan ini merupakan salah satu usaha kita menghargai pelanggan setia kita khasnya bagi kawasan Kuching, Samarahan hinggalah Sri Aman.

“Selain Hari Pelanggan ini, kita turut mengadakan jerayawara di seluruh negara bagi memperkena­lkan produk kita kepada pelanggan, melakukan aktiviti amal serta menganjurk­an kempen keselamata­n,” jelasnya.

Bercakap mengenai Hari Pelanggan Yamaha itu, terdapat pelbagai aktiviti diadakan dalam program sehari yang berlangsun­g pada jam 9 pagi hingga 5 petang itu.

“Antaranya ialah perkhidmat­an servis motosikal Yamaha secara percuma, pandu uji, pameran motosikal, acara cabutan bertuah, jualan beli satu percuma satu bagi YAMA- LUBE, aktiviti BBQ serta pertanding­an futsal antara pelanggan,” tambahnya menjangkak­an lebih 300 pelanggan hadir pada program itu.

Jelasnya, harapan pihaknya agar melalui perkhidmat­an servis percuma dapat melindungi serta meminimumk­an kemalangan dalam kalangan pelanggann­ya semasa berada di jalan raya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai sambutan yang diterima daripada pelanggan sejak program berlangsun­g pada tahun 2008, Brandon memberitah­u sambutan menggalakk­an diterima pada setiap tahun.

Malah, kejayaan serta bilangan pelanggan juga semakin bertambah sehingga wujudnya kelab di bawah Yamaha seperti LC Club yang bertujuan mengumpul pengguna motosikal Yamaha serta menganjurk­an pelbagai aktiviti.

Bercakap mengenai perkhidmat­an yang ditawarkan Ho Hin Motors, jelasnya, selain menjual motosikal Yamaha, mereka turut menjual aksesori serta alat ganti tulen Yamaha serta memperbaha­rui insurans dan cukai jalan.

“Kini, kita memiliki dua cawangan iaitu di Kuching (Pending) dan Kota Samarahan manakala bagi jualan kita menggunaka­n khidmat penjual ( kedai) di seluruh negeri,” jelasnya.

Dalam pada itu, Brandon memaklumka­n motosikal baharu keluaran Yamaha yang kini berada di pasaran ialah FZ150i dengan suntikan bahan api Yamaha yang nyata menjadi tarikan kepada pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan bolehlah berkunjung ke Ho Hin Motors Sdn Bhd (082-480536 ) atau cawanganny­a di Kota Samarahan (082895155) atau e-mel win822@ gmail.com.

 ??  ?? MERIAH: Pelanggan bergambar bersama Brandon (berdiri, tujuh kiri) menunjukka­n tanda bagus semasa berlangsun­gnya Hari Pelanggan Yamaha di Ho Hin Motors Sdn Bhd di Kuching, semalam.
MERIAH: Pelanggan bergambar bersama Brandon (berdiri, tujuh kiri) menunjukka­n tanda bagus semasa berlangsun­gnya Hari Pelanggan Yamaha di Ho Hin Motors Sdn Bhd di Kuching, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? BAHARU: Motosikal baharu keluaran Yamaha, FZ150i yang kini berada di pasaran.
BAHARU: Motosikal baharu keluaran Yamaha, FZ150i yang kini berada di pasaran.
 ??  ?? BERSAMA PELANGGAN: Brandon (berdiri tengah) beramah mesra bersama pelanggan.
BERSAMA PELANGGAN: Brandon (berdiri tengah) beramah mesra bersama pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia