Utusan Borneo (Sarawak)

Marrybrown rancang untuk perluas perniagaan di India

-

NEW DELHI: Rangkaian restoran makanan segera Malaysia, Marrybrown, yang permintaan­produknyak­inisemakin meningkat di India, memulakan rancangan pengembang­an di negara ini dengan mengintai bandar-bandar peringkat dua dan tiga di negeri-negeri bahagian selatan.

Pada masa ini, Marrybrown mempunyai 48 cawangan, 44 di Tamil Nadu dan masingmasi­ng dua di Bangalore, Karnataka dan Kochi, Kerala, demikian menurut laporan Indo- Asian News Service (IANS) India.

“Menjelang akhir tahun fiskal ini kami ingin menambah bilangan cawangan ke- pada 75 daripada 48 sekarang ini,” kata agensi berita itu yang memetik Ajith, Pengarah MGM Entertainm­ents Pvt Ltd, pemegang francais induk bagi Marrybrown di India.

Beliau berkata Marrybrown di India menyasar untuk memanfaatk­an kelebihan sebagai penggerak pertama dengan membuka cawangan di bandar-bandar kecil di negeri-negeri bahagian selatan.

Selain itu, Ajith berkata bandar lebih kecil kurang pelaburan berbanding membuka cawangan yang di bandar-bandar utama.

Menurut laporan itu, rangkaian Marrybrown di India tidak terhad kepada hidangan ayam goreng dan burger sahaja tetapi juga akan menawarkan nasi berperisa dan malah juga beriani serta hidangan vegetarian untuk memenuhi selera tempatan.

Marrybrown, rangkaian makanan segera Malaysia, pada masa ini merupakan jenama Restoran Perkhidmat­an Segera (QSR) Halal terbesar di dunia yang berasal dari Asia.

Ia mempunyai kehadiran antarabang­sa yang kukuh dengan cawangan beroperasi bukan sahaja di Malaysia dan India tetapi juga China, Indonesia, Sri Lanka, Maldives, Afrika, Timur Tengah dan Myanmar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia