Utusan Borneo (Sarawak)

MIDA Frankfurt bakal dikunjung ramai pegawai kanan dari M’sia

-

FRANKFURT: Pejabat Frankfurt Lembaga Kemajuan Perindustr­ian Malaysia ( MIDA) bakal menerima kunjungan beberapa pemimpin kanan dari Malaysia bagi meningkatk­an aliran pelaburan Jerman ke Malaysia serta mempromosi perniagaan dua hala dan hubungan korporat.

Pengarah MIDA Franfurt S. Sivasuriym­oorthy berkata interaksi antara kedua-dua pihak dijangka memuncak selepas lawatan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad, yang akan mengetenga­hkan peluangpel­uang pelaburan di Malaysia kepada sektor korporat Jerman pada seminar khas di Munich dan Dusseldorf.

Mustapa akan melawat Jerman selama lima hari mulai 12 Okt, dan menghadiri seminar di Munich dan Duesseldor­f, masing-masing pada 13 Okt dan 15 Okt, bagi memberi maklumat terkini perkembang­an yang berlaku dalam ekonomi Malaysia, terutama mengenal pasti bidang utama pelaburan dan perniagaan dalam sektor perkilanga­n dan perkhidmat­an kepada komuniti perniagaan Jerman.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata Seminar Munich akan dirasmikan oleh Datuk Helmut Baur, diikuti ucaptama oleh Mustapa dan penceramah jemputan Birgit Bauer-Groitl, pengarah urusan Deutsche Technoplas­t GmbH yang mengendali­kan kemudahan pengeluara­n di Melaka bagi produk komponen plastik untuk industri elektronik.

Seminar Duesseldor­f akan dirasmikan oleh Timo Prekop, Presiden dan Pengarah Urusan Persatuan Perniagaan Jerman Asia Pasifik atau lebih dikenali dengan singkatan OAV Jerman.

Selepas ucaptama Mustapa, Christian Wachtmeist­er, Pengarah Urusan Muhlbauer Technologi­es Malaysia dan Ketua Pembanguna­n Korporat Muhlbauer AG, syarikat induk, akan menyampaik­an ucapan sebagai penceramah jemputan.

Muhlbauer mempunyai kemudahan pengeluara­n di Melaka, yang antara lain menghasilk­an mesin dan peralatan untuk industri semikonduk­tor, kad pintar dan dokumen pengenalan industri.

Di Munich dan Dusseldorf, peserta seminar dan anggota delegasi Mustapa juga akan mengadakan mesyuarat perniagaan, katanya.

Sivasuriym­oorthy berkata seminar berkenaan disokong oleh MATRADE, dewan perniagaan di Bavaria dan Duesseldor­f, OAV, Deutsche Bank dan Persatuan Malaysia Jerman di Bonn.

Selain lawatan menteri, Pejabat MIDA Frankfurt juga akan menerima kunjungan pengurusan tertinggi perbadanan elektronik penting seperti X-FAB (Erfurt), Melexis (Erfurt), Jena Optik (Jena).

MIDA Frankfurt juga akan menerima kunjungan Pengarah Bahagian Tekstil dan Bahan Binaan dari Kuala Lumpur, yang bermatlama­t menemui syarikat JermanNaue Espelkamp- Fiespel - yang menghasilk­an geosinteti­k.

Ini diikuti misi lain MIDA ‘Frontier Bahagian Teknologi’ yang akan tiba di sini akhir September bagi melakukan kerja- kerja susulan dengan syarikat Belgium yang dikenali sebagai Materializ­e, yang memiliki kepakaran dalam pembuatan bahan tambahan.

Beliau berkata MIDA sedang berusaha untuk memudahkan syarikat ini menubuhkan pejabat di Malaysia memandangk­an kehadirann­ya di Malaysia penting bagi Kuala Lumpur merealisas­ikan hasratnya menjadi hab pembuatan bahan tambahan.

Pada hujung Oktober, MIDA Frankfurt juga akan menerima misi Bahagian Teknologi Makanan, yang akan mengadakan perbincang­an dengan syarikat-syarikat Jerman, katanya. — Bernama

 ??  ?? S. SIVASURIYM­OORTHY
S. SIVASURIYM­OORTHY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia