Utusan Borneo (Sarawak)

GST rangsang permintaan kereta

Pemansuhan SST menyebabka­n penurunan harga kenderaan: CEO MAI

-

KUALA LUMPUR: Pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada 2015 mampu merangsang permintaan ke atas kenderaan berikutan pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang menyebabka­n penurunan harga, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari.

SST sebanyak 10 peratus akan dimansuhka­n pada 1 April 2015 dan digantikan dengan GST pada kadar enam peratus.

“Ia boleh merangsang permintaan untuk kereta dan kita tidak mengharapk­an impak besar ke atas harga berikutan pelaksanaa­n GST,” katanya kepada pemberita semasa Pameran Keselamata­n Automotif dan Logistik MAI-Lafarge 2014 di sini semalam.

Jualan kenderaan masih menunjukka­n pertumbuha­n positif, katanya ketika ditanya kebarangka­lian jualan kenderaan mengalami kemerosota­n ekoran pengguna sekarang ini mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum GST dikuatkuas­akan.

“Jumlah keseluruha­n industri (TIV) adalah lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas, didorong oleh kempen jualan yang agresif oleh penggiat industri,” katanya.

“Unjuran TIV sebanyak 670,000 unit bagi tahun ini telah diubah kepada 680,000 unit,” katanya.

MAI melaporkan bahawa TIV untuk tempoh Januari hingga Julai sebanyak 11,490 unit atau tiga peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada 2013, didorong oleh kempen jualan yang agresif.

“Jualan agak teguh. Menerusi pelancaran kenderaan baharu bulan ini dan bulan- bulan akan datang, kami yakin TIV akan lebih tinggi daripada unjuran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lafarge Malaysia, Bradley Mulroney berkata syarikatny­a menyediaka­n pelbagai inisiatif untuk mendidik pemandu dan pengendali kargo mengenai keselamata­n jalan raya.

“Pameran ini akan mewujudkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan dan keselamata­n dalam kalangan petugas syarikat logistik dan operator perkhidmat­an pengangkut­an.

“Kami juga bekerjasam­a rapat dengan operator pengangkut­an kami untuk memastikan kenderaan mereka berada pada tahap terbaik dan dilengkapi peralatan keselamata­n perlu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia