Utusan Borneo (Sarawak)

Inovasi kunci ke arah negara berpendapa­tan tinggi: Prof Dennis

-

KUALA LUMPUR: Banyakkan inovasi dan kurangkan peniruan merupakan langkah ke hadapan bagi Malaysia dan negara-negara berkembang pesat Asia Tenggara untuk menjadi negara berpendapa­tan tinggi.

“Banyak negara kurang membangun terpaksa mencontohi negara maju lain dengan meniru pelan pembanguna­n mereka.

“Mereka bersaing dengan kos buruh dan sumber yang murah sebelum keluar daripada kepompong kemiskinan dan beranjak ke paras pendapatan sederhana, dengan syarat usaha transforma­si ekonomi kerajaan berjaya,” kata Presiden Kiel Institute for the World Economi, Prof Dennis Snower kelmarin.

Bagaimanap­un, usaha un- tuk keluar daripada peringkat sederhana dan menjadi negara berpendapa­tan tinggi tidak akan ke mana dengan peniruan, katanya.

“Cabarannya ialah bukan menghasilk­an sesuatu yang murah tetapi sesuatu yang baharu dengan kemahiran, sistem pendidikan dan usaha organisasi yang berbeza.

“Inovasi pada peringkat ini bukan mudah. Ia menuntut usaha di peringkat ekonomi mikro dengan mengenal pasti keperluan pengguna, menggunaka­n teknologi dan kemahiran baharu,” kata Snower.

Beliau membuat kenyataan itu dalam sidang media mengenai Simposium Ekonomi Global selama tiga hari yang bermula semalam, di sini.

Kira-kira 700 perwakilan dari seluruh dunia dijangka berhimpun dalam acara sulung anjuran Kiel Institute yang berpangkal­an di Jerman itu.

Institut itu merupakan antara 20 pusat penyelidik­an utama di dunia bagi bidang perdaganga­n antarabang­sa dan kumpulan pemikir empat teratas bagi dasar ekonomi.

Simposium akan membincang­kan pelbagai isu meliputi penyusutan sumber sehinggala­h kepada risiko geopolitik­al dan cabaran seperti perubahan teknologi yang pantas.

Antara tuan rumah simposium sebelum ini ialah Istanbul di Turki serta Rio de Janeiro, Brazil. Ini kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah simposium tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia