Utusan Borneo (Sarawak)

Skala Design Consult merancang ke global dalam tempoh lima tahun

-

KUALALUMPU­R: SkalaDesig­n Consult Sdn Bhd, syarikat perunding hiasan dalaman, merancang mengembang­kan perniagaan ke peringkat global dalam tempoh lima tahun dengan membentuk satu konsortium dengan rakan kongsi tempatan dan asing, kata Pengarah Urusannya, Mohd Nasir Ab Jabar.

Beliau berharap konsortium itu dapat ditubuhkan tahun ini kerana ia menyasarka­n Libya sebagai destinasi antarabang­sa pertamanya.

Libya sedang melalui perubahan era baharu dengan industri pembinaan semakin rancak dan menawarkan pelbagai peluang besar, katanya kepada pemberita ketika pelancaran pejabat baharu syarikat berkenaan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani, kelmarin.

Mohd Nasir berkata, Libya merancang untuk membina lapangan terbang baharu serta pusat pentadbira­n seperti Putrajaya.

Menurutnya, Skala Design Consult juga merancang meneroka negara Asia Barat lain selepas berjaya menembusi Libya.

“Jika kita bandingkan Asia Barat dengan rantau lain, ia mempunyai lebih banyak potensi. Kami telah mengkaji Dubai dan kami rasa kami boleh berjaya di sana,” katanya.

Mengenai pasaran domestik, Mohd Nasir berkata, kini syarikat itu melakukan kerjakerja hiasan dalaman untuk beberapa pihak termasuk, pejabat korporat baharu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 70 pejabat cawangan Lembaga Tabung Haji serta pejabat Kementeria­n Kerja Raya di Kuala Lumpur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia