Utusan Borneo (Sarawak)

Keamanan rapuh di timur Ukraine

Kerajaan dan pemberonta­k persetujui gencatan senjata dan perjanjian

-

DONETSK: Tiada tembakan, letupan atau bedilan kedengaran di timur Ukraine semalam tatkala gencatan senjata antara tentera kerajaan dan pemberonta­k pro-Kremlin kelihatan bertahan di sebalik kebimbanga­n ia akan gagal untuk mengekang kemaraan pemisah di timur.

Perjanjian 12 mata dimeterai kelmarin di ibu negara Belarus Minsk adalah yang pertama disokong Kremlin dan Kiev sejak kumpulan militia berbahasa Rusia merampas sejumlah bangunan kerajaan di seluruh pusat perindustr­ian Ukraine itu awal April.

Para pemimpin Barat yang amat skeptik bagaimanap­un meningkatk­an sekatan ke atas firma- firma kerajaan Rusia bagi menghukum Presiden Russia Vladimir Putin berhubung apa yang dilihat sebagai ‘sikap agresif’ Moscow di negara bekas jajahan Soviet itu.

Sementara itu, negaranega­ra anggota NATO mempersetu­jui pasukan reaksi pantas bertujuan menenangka­n negaranega­ra timur Eropah yang keresahan.

“Satu- satunya sebab kenapa kita melihat gencatan senjata ketika ini adalah kerana sekatan yang telah dilaksanak­an dan ancaman sekatan lanjut,” dakwa Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama.

Di kubu kuat pemberonta­k di Donetsk, lokasi antara pertempura­n paling sengit dalam konflik hampir lima bulan itu, majlis perbandara­n mengatakan suasana aman sepanjang pagi semalam.

“Kami tidak menerima sebarang laporan mengenai tembakan, bedilan atau letupan,” katanya.

Perjanjian yang dibentuk badan keselamata­n Eropah OSCE itu dijangka menyaksika­nkedua-duapihak mengundurk­an unit mereka dari lokasi pertempura­n utama dan bertukar tahanan semalam.

Rusia juga dibenarkan menghantar bantuan kemanusiaa­n ke bandarband­ar terjejas berbanding sebelum ini mendapat tentangan Kiev yang khuatir konvoi tersebut sebenarnya menyeludup senjata api.

Lebih penting, para pegawai OSCE berkata, status masa depan ‘republik’ yang diisytihar­kan pemberonta­k di Donetsk dan Lugansk tidak dibincangk­an di Minsk.

“Naif untuk kita bersetuju dengan Putin atau Republik Rakyat Donetsk dan Lugansk,” kata seorang pemuda bernama Oleg, 20an, di Kiev.

Cetakan biru keamanan yang bertujuan menamatkan konflik yang mencetuska­n krisis terburuk di antara Rusia dan Barat sejak Perang Dingin, akan menyaksika­n pemisah mengawal sepenuhnya wilayah yang dihuni satu perenam populasi Ukraine dan suku daripada eksportnya.

Ia dirangka ketika ketegangan­memuncakap­abila pemberonta­k melancarka­n serangan balas yang hampirhamp­ir mengalahka­n tentera Ukraine.

Presiden Ukraine Petro Poroshenko berkata beliau berpuas hati dengan perjanjian itu, namun ia mendedahka­n beliau kepada dakwaan bahawa beliau menyerah diri dan gagal memenuhi janji pilihan raya Mei lalu untuk menyatukan semula negara dengan 45 juta penduduk itu di bawah satu matlamat iaitu membina hubungan kukuh dengan Barat.

Kiev sebenarnya tiada ruang untuk berunding kerana menurut Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk, perjanjian itu memerlukan sokongan AS dan EU kerana Kiev tidak dapat menangani Rusia sendirian.

Utusan pemberonta­k Igor Plotnitsky berkata, hanya kerajaanpe­misahdenga­npelan untuk menyertai Rusia secara rasmi mendapat kepercayaa­n penduduk tempatan setelah berminggu-minggu digempur tentera kerajaan.

“Gencatan tersebut tidak bermakna kami mengubah matlamat untuk berpisah daripada Ukraine,” Plotnitsky memberitah­u wartawan di Minsk.

Sumber rapat dengan rundingan memberitah­u laman berita prokerajaa­n Ukrainska Pravda bahawa perjanjian rangka kerja itu menetapkan ‘ status khas’ untuk beberapa bahagian di wilayah Donetsk dan Lugansk. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BERSETUJU: Poroshenko bercakap kepada media pada hari kedua dan terakhir sidang kemuncak NATO di pusat peranginan Celtic Manor dekat New Port di Wales, kelmarin.
— Gambar Reuters BERSETUJU: Poroshenko bercakap kepada media pada hari kedua dan terakhir sidang kemuncak NATO di pusat peranginan Celtic Manor dekat New Port di Wales, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia