Utusan Borneo (Sarawak)

Pembunuh Norway mahu tubuh parti fasis

-

OSLO: Pembunuh Norway Anders Behring Breivik, yang tidak menunjukka­n kekesalan ketika perbicaraa­nnya kerana membunuh 77 orang pada 2011, menyatakan kelmarin dia telah melupakan keganasan dan sanggup memohon maaf atas tindakanny­a sekiranya dibenar menubuhkan sebuah parti fasis.

Dalam sepucuk surat 33 halaman yang dikirim kepada AFP dan turut dilihat Reuters, Breivik, 35, menyatakan dia komited untuk membawakan perubahan dengan cara yang aman dan ingin menubuhkan Parti Fasis Norway dan Liga Nordik.

“Hati saya berdarah sebagai seorang bekas pengganas atas kekejaman yang telah saya lakukan pada 22 Julai,” tulisnya merujuk kepada hari ketika dia meletakkan sebutir bom kereta di tengah Oslo sekaligusm­engorbanka­nlapan orang sebelum menembak mati 69 orang lagi di Pulau Utoeya.

“Sebagai seorang bekas pengganas, perkara paling penting dalam hidup saya adalah untuk memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.

“Tujuan utama dengan NFP dan NL adalah untuk memastikan ia tidak akan berulang lagi.”

Semasa perbicaraa­nnya pada 2012, Breivik tidak menunjukka­n belas kasihan terhadap mangsanya, malah menyatakan dia akan melakukan kesemuanya sekali lagi jika berpeluang.

Dia menyatakan akan meminta maaf, hanya di bawah syarat tertentu.

“Saya sanggup memohon maaf atas tindakan saya, hari ketika ‘doktrin Gerhardsen/ Hauge’ bagi pengecuali­an politik yang tetap dalam gencatan fasis demokratik,” tulis Breivik, merujuk kepada Einar Gerhardsen dan Jens Christian Hauge, dua menteri Buruh yang mendominas­i politik pascapeper­angan dan demokratik sosial di Norway.

Dia menghantar surat, ditulis dalam bahasa Norway dan menandatan­gani ‘Anders Behring Breivik, setiausaha parti dan calon parlimen bagi NFP & NL’, dari penjara Skien di selatan Norway di mana dia menjalani hukuman penjara maksimum 21 tahun.

Dia tidak akan dibebaskan jika dilihat sebagai ancaman kepada masyarakat.

Breivik menyatakan dia dinafikan hak untuk membentuk parti oleh pihak berkuasa penjara, yang didakwa merampas surat yang dihantarny­a untuk mendapatka­n tanda tangan yang diperlukan bagi membentuk parti, dan mahu memfailkan saman jika kementeria­n kehakiman tidak menarik balik sekatan terhadapny­a untuk menubuhkan parti dalam tempoh 30 hari.

Di Norway, banduan mempunyai hak sama seperti rakyat biasa. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? MUKA TEBAL: Gambar fail 16 April, 2012 menunjukka­n Breivik membuat tabik kanan radikal ketika memasuki Mahkamah Daerah Oslo pada pembukaan perbicaraa­nnya. Empat bulan kemudian dia dijatuhi hukuman penjara 21 tahun.
— Gambar AFP MUKA TEBAL: Gambar fail 16 April, 2012 menunjukka­n Breivik membuat tabik kanan radikal ketika memasuki Mahkamah Daerah Oslo pada pembukaan perbicaraa­nnya. Empat bulan kemudian dia dijatuhi hukuman penjara 21 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia